Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 3, 2013

Lawak Santai Sebelum PRU.....

Kerajaan digesa ambil tindakan terhadap makhluk upahan sendiri?
Nak tahu siapa dia?
Tanyalah Muhyiddin kerana dialah yang menimbulkan perkara ini 
Itu pun setelah pokok digoncang oleh siberuk tua saban ketika!

PBTM Gesa Ambil Tindakan Pihak Rancang Cetus Huru-Hara Pada PRU
KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM)menggesa pihak berkuasa menyiasat dan bertindak terhadap mana-mana pihak yang merancang untuk mencetuskan huru-hara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Presidennya Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata persatuan itu tidak mahu melihat suasana aman di negara ini dicemari tindakan ganas semata-mata kerana pihak berkenaan ingin mendapat kuasa.
"Justeru, PBTM mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak berkuasa menyiasat sebarang rancangan yang boleh menjurus kepada tercetusnya huru-hara dan mengambil langkah preventif supaya ia tidak berlaku," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Sebelum ini, Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Datuk Adiwijaya Abdullah dilaporkan berkata ada pihak tertentu dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa PRU13 dengan tersebarnya risalah mengandungi cara mewujudkan ketegangan di pusat mengundi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa