Tapi selebihnya.....
Tak habis-habis tuduh melulu dan jual temberang
Pasti ada yang angguk-angguk!
Published: Sabtu April 6, 2013 MYT 12:42:00 PM
Rakyat Dan Tentera Perlu Berganding Bahu Dalam Satu Ikatan Kukuh - PM
KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat dan tentera perlu berganding bahu dalam satu ikatan kukuh, supaya rakyat lebih menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan itu dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
Perdana Menteri berkata tindakan pihak tertentu terutamanya parti pembangkang yang memperlekehkan pengorbanan anggota tentera, jelas menunjukkan mereka tidak langsung menghargai apa yang dilakukan pasukan keselamatan selama ini.
"Bahawa hasrat kerajaan perjuangkan dasar transformasi nasional adalah berpaksi kepada keselamatan negara yang dijaga sebaik mungkin."
Jika tergugat, keadaan negara jadi tidak menentu, pelabur tidak akan melabur, Bursa Saham akan jatuh, perancangan pembangunan tidak mungkin jadi kenyataan," katanya ketika berucap pada Hari Terbuka Angkatan Tentera di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di sini, Sabtu.
Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 30,000 orang itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata sejak operasi terakhir tentera pada penghujung 1989 (menangani ancaman komunis), tentera negara tidak berdepan dengan ancaman yang serius dan rakyat mungkin memandang mudah terhadap aspek keselamatan negara.
"(Keamanan) anggap sesuatu yang semula jadi kerana tarikh terakhir melakukan operasi ketenteraan adalah pada penghujung 1989, sejak itu kita lakukan latihan demi latihan tapi tidak berdepan (ancaman) serius, bila berlaku ancaman Lahad Datu, ianya satu kejutan di kalangan rakyat," katanya.
Perdana Menteri berkata tindakan parti pembangkang mempertikai kewibawaan dan menghina pasukan keselamatan ketika berdepan ancaman di Lahad Datu, adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.
Beliau berkata tuduhan bahawa apa yang berlaku di Sabah sebagai satu sandiwara dan mempertikaikan Majlis Fatwa yang mengatakan perwira yang terkorban sebagai mati syahid akhirat juga amat dikesali.
"Ini merupakan usaha menjatuhkan moral tentera dan polis," katanya.
Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia itu, turut diadakan di 32 pangkalan tentera lain, dalam usaha mendekatkan rakyat dengan pasukan keselamatan itu.
Perdana Menteri berkata sokongan padu rakyat terhadap pasukan keselamatan dan anggota keselamatan yang berwibawa menjadi tunjang kepada kejayaan transformasi negara.
Beliau berkata keamanan dan keselamatan negara adalah tunjang dan merupakan tiang seri dalam sesebuah negara untuk mencapai kejayaan.
"Ada dua komponen bagi memastikan keselamatan negara dalam keadaan terbaik iaitu daya kepimpinan dan keberanian anggota keselamatan yang dilengkapi dengan peralatan sebaik mungkin serta sokongan padu rakyat yang berdiri teguh di belakang anggota keselamatan," katanya. - mStar
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa