Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 5, 2013

Malaun Ni Memang Kurang Hajar!

Bagaimana kalau kaum India menghina Melayu pula dengan perkataan sesuka hati?
Itu sebabnya Rasulallah melarang.....
Pejuang Islam konon!
Selepas menghina Hindu, Zul Noordin guna perkataan ‘keling’
OLEH DEBRA CHONG
PENOLONG PENGARANG BERITA
APRIL 05, 2013
KUALA LUMPUR, 5 April — Ahli parlimen bebas Datuk Zulkifli Noordin “ditangkap” di laman sosial Youtube menggunakan perkataan “keling”, dimana kaum India di Malaysia menganggapnya sebagai perkataan menghina berbau perkauman, beberapa hari selepas video beliau menghina penganut agama Hindu tersebar luas.
Klip video dimuatnaik semalam menunjukkan ahli parlimen Kulim Bandar Baharu yang kontroversi itu dalam satu majlis orang ramai di Ampang pada 6 Mac, bercakap mengenai teori konspirasi berhubung kematian warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penyiasat peribadi P Balasubramaniam yang meninggal dunia kerana serangan jantung bulan lalu.
“Ada badigol Baghdad ni percaya, entah keling mana bawa kitab Hindu dia, 'saya ada tengok, saya ada bukti'. Keling ni bawa kitab Hindu sumpah, dia percaya,” katanya menggunakan perkataan berbahasa Melayu itu.
Klip dua minit setengah itu dimuatnaik oleh pengguna yang menggunakan nama “Chandra Lawan Tetap Lawan”. 
Dalam video klip terbaru, 530 orang sudah melihatnya di laman perkongsian video popular itu dan terdapat 15 komen mengutuk Zulkifli yang mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang Islam itu.
“Lagi nak pakai songkok puiii ...,” kata seorang pengguna Youtube bernama Bavani Vani.
“Memalukan bangsa aku n agama islam... Bangsat betul,” kata seorang lagi pengguna, alongaidil.
Zulkifli terpaksa memohon maaf pada 1 April, kerana menghina penganut agama Hindu sebelum ini dimana beliau memperlekehkan tuhan orang Hindu dalam sebuah klip video ceramah agama beliau yang menarik ramai penonton baru-baru ini.
Zulkifli dilaporkan oleh agensi berita Bernama mengatakan ucapan tersebut dibuat 10 tahun lalu semasa masih lagi merupakan anggota PAS. Beliau juga dilaporkan mengaku bersalah dan memohon maaf kepada semua penganut agama Hindu.
PAS memecat beliau pada tahun 2008 menyebabkan peguam itu terpaksa bertanding pilihan raya menggunakan tiket PKR.
PKR memecat beliau pada tahun 2010 dan Zulkifli selepas itu rapat dengan Umno dan gabungan pemerintah Barisan Nasional dan kemudiannya diangkat sebagai naib presiden Perkasa

3 comments:

  1. hahaha kopiah atas kepala, tapi takdak akhlak.. rasis gila mangkuk ni.

    ps: saya sampai laa ni masih dok rasa ralat sebab undi dia dulu!!

    ReplyDelete
  2. apa salahnya cakap keling..dah lama dah perkataan keling digunakan merujuk kpd org India..Begitu juga apek menunjukkan org China..anon diatas tu pun aku rasa keling tuh..berlagak betulla korang sume skrg ye..mentang2 le org2 melayu lemah tak bersatu..

    ReplyDelete
  3. Anon 1.40am ni mesti mamak. Galak nak jadi melayu! Hehehe

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa