Published: Ahad April 7, 2013 MYT 11:21:00 AM
Updated: Ahad April 7, 2013 MYT 11:31:08 AM
Orang Cina Tak Akan Jadi PM - Salahuddin Ayub
JOHOR BARU: Pemimpin Cina tidak akan menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, adalah mustahil bagi DAP untuk menawarkan calon Cina untuk jawatan tersebut kerana mereka hanya bertanding di 50 daripada 222 kerusi Parlimen.
"Saya tidak fikir orang Cina dan India berminat untuk menjadi Perdana Menteri atau Agong.
"Bagi jawatan itu di negara ini, dalam undang-undang kecil menyatakan hanya orang Melayu dan beragama Islam boleh menjadi Menteri Besar di Johor," katanya.
Salahuddin dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya.
NIE BAKAL CALON MB...HEHEHEHE
ReplyDelete