Parti mana yang ahlinya memberontak?
Parti mana yang ketandusan idea dan ketandusan Pemimpin
Sehingga Sang Katak pun nak dijadikan Wakil?
Itulah tengok sebelum cakap Fikir sebelum buat!
Parti bertelagah sukar tadbir negara
Dhia Daniel| April 17, 2013
Pertelagahan itu akan menimbulkan keadaan kucar-kacir dalam pentadbiran, kata Abang Johari.
KUCHING: Rakyat harus sedar parti yang sentiasa bertelagah tidak mampu mentadbir sesebuah negara kerana sukar mencapai kata sepakat dalam setiap perkara.
Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata pertelagahan itu akan menimbulkan keadaan kucar-kacir dalam pentadbiran.
“Oleh itu rakyat harus bijak memilih calon yang benar-benar layak dan komited bagi membolehkan parti diwakilinya akan mentadbir kerajaan kelak,” katanya.
Beliau merujuk kepada pertelagahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dalam meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU 13) tidak lama lagi.
Menurutnya pertelingkahan itu sudah cukup membuktikan tiada kesepakatan dan persefahaman di kalangan ahli parti.
Beliau berkata rakyat harus sedar bahawa keadaan parti pembangkang sudah berada dalam kucar-kacir dan tidak mampu mentadbir negara.
“Bagaimana mereka (pihak pembangkang) hendak mentadbir dengan baik kalau keadaan dalam parti itu sendiri sudah berada dalam kucar-kacir,” katanya.
Abang Johari melihat pertelingkahan yang berlaku itu sebenarnya kedua-dua parti pembangkang itu, PAS dan PKR bercita-cita untuk menjadi pemerintah sekiranya menang kelak.
Oleh itu, katanya mereka bertelagah dan mahu meletakkan calon masing-masing di kawasan pilihan raya bagi membolehkan mendapat jumlah kerusi terbanyak seterusnya memungkinkan pemimpin tertinggi menjadi Perdana Menteri.
Abang Johari berkata apabila keadaan dalam parti sudah kelam kabut sudah pasti mereka tidak dapat mentadbir negara dengan baik.
“Macam mana mereka hendak mentadbir negara Malaysia dengan baik kalau mereka sendiri sudah berada dalam keadaan kelam kabut dan ini menunjukkan mereka tidak berpakat serta bersatu hati,” soalnya.
Bhai MountDweller...
ReplyDeleteErrr... gua rasa aaa ini mamat ader amik itu air ketum la bhai... itu pasai kapla dier ader mengong skit.... hahahaha
Dia nie hanya baca utusan meloya dan media tv tiga suku mana nak ada berita pergolakan dalam rumah dia ,asyik nampak PR saja kalau dia baca dalam blog dia kata itu propaganda parti lawan sebab dia tidak berada disituasi itu,suruh dia tanya badan yang tidak tepilih itu,bagitulah orang UMNO yang gila nak jadi wakil rakyat atau lebih tepat kita sebut YB ,dari situ kita fahamlah kenapa siapa jadi ketua atau pengerui perhubugan dalam UMNO mereka akan pasti jadi calun YB tapi bila tidak terpilih ha mula guna kuasa pengikut untuk berdemo,itulah yang diajar oleh Mamak Kutty Mahadey,tak hairnlah banyak samseng dalam UMNO,dan inilah juga barangkali yang katakan oleh SPR akan ada huruhara ditempat buagan undi pada hari mengundi nanti,jadi waspadalah dengan puak-puak UMNO gila ini wahai orang yang dipertangungjawabkan,amin!,,,.
ReplyDeleteDi Sarawak tak ada air ketum. Abang Johari ni mungkin dah nyirup terlalu banyak tuak, itu sebab dia cakap mereban dan mereng.
ReplyDelete