Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 16, 2013

Pengerusi JKKKP Terkedu Aku Sekeh!

Pagi ini saya seperti biasa minum di kedai kopi di tempat biasa. Tapi pagi ini saya keluar awal sikit dari biasa. Sambil minum kami berbual-bual tentang perkara biasa tidak termasuk isu-isu politik.

Sedang kami bersembang dan gelak-gelak, sampailah Pengerusi JKKKP (panggilan penghulu UMNO di Kelantan) bersama seorang yang agak dihormati di sini kerana pengentahuannya dalam agama dan mereka 'landing' di meja kami yang sedang bersembang. 

Minuman dipesan dan mereka pun 'join'lah sembang sama. Dalam pada kami tidak menyentuh hal politik, Pengerusi JKKKP tadi mencampakkan isu politik dan bercerita hal-hal sex yang membabitkan pemimpin PAS.

Katanya PAS dah teruk bila Hj. Lah (Dollah Saamah) sendiri menjadikan isu di dalam ceramahnya. Kehadiran ceramah UMNO sekarang telah bertambah dan memberangsangkan. 

Saya kata (dalam bahasa Kelantan) 'Demo buat kiro ngan Tok Guru tok ppaka tuh? Tok Guru ggapo kalau menyambung lidah setan?'

Dia kata 'Bakpo demo koto gitu?'

Saya kata 'Kita ni Isle, semaye, ngucap tapi kita langgar hukum dan perintah Nabi'. 

'Kalu ikut syariat perkara gini termasuk dale hudud dan keno kemukakan 4 orang saksi yang tidak fasik!'

'Kalu tak silap saya ada cerito yang Nabi tak terimo pengakuan kesalahan begini dari siPelakunya sendiri kerana tidak ada saksi!'

'Tu tuan empunya hok buat tu sediri ngaku, Nabi tok terima, tapi kito cerita huduh hal saudara seisle kito oghe PAS dari sumber fasik dan kito pulak jong jajo. Betul ko tuh?' Saya bertanya

'Ikut agama ko tuh?' Saya menyoal

'Boh gelar Tok Guru pun kalu doh bengong, jangan dok ccaya, jangan dok turut!' Saya menyindir

'Kito ni politik, politik jugak. Jangan wat punoh iman. Kalau kito turut kato-kato oghe gilo, kito empat belah kali gilolah!'

'Dok ggitu Abe Mad?' Saya halakan kat Abang Mad yang berilmu tadi
'Betul tuh' Abang Mad jawab

'Tok guru kkoghe apo kalau dok jajo buruk oghe yang belum tentu sahih?' soal saya

'Benda gini demo keno tanyo diri dulu, relo ko masuk neraka kerano politik?' saya soal dalam sindir

Dia terdiam dan saya pun tak sambung dalam hal itu. Saya bawa ke tajuk lain yang tidak merusakkan keadaan santai pagi ni

3 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan.

    Boleh join debat Anwar kat Permatang Pauh dah ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. Bhai MountDweller...

    Pergh... speaking LONDON nampak... hahaha

    ReplyDelete
  3. kemah abe din kemah....o pado wi ko abe din jah sek jkkk nie hahaha...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa