Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 8, 2013

Perkara Yang Pelik Luar Kelaziman Dalam PKR

Bukankah pelik bagi rakyat bila Presiden sesuatu parti yang bertanding dalam Pilihanraya tidak bertanding?
Begitu juga yang berlaku kepada Chua Jui Meng, Ketua PKR Johor yang dikatakan masih tidak berumah
Apa jadi dengan PKR ini sebenarnya?
Adakah semua ini hanya gimik sebelum penamaan Calon?

‘PKR harus malu jika Wan Azizah tidak bertanding’
Muda Mohd. Noor| April 8, 2013

Beliau hanya berkuasa menandatangani watikah pelantikan buat calon lain tapi tidak buat dirinya.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali harus menggantikan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13 ini, kata bekas setiausaha politik ahli parlimen Ampang, Fareez K.Intidzam.
Parti politik manapun, kata beliau hatta pemerintah atau pembangkang adalah amat memalukan buat parti apabila presidennya tidak layak dan tidak diterima akar umbi untuk bertanding pada pilihan raya.
Fareez berkata, ini juga demi mengelakkan perkara yang akan terus memalukan parti dari berlaku – yakni selaku Presiden, beliau hanya berkuasa menandatangani watikah pelantikan buat calon lain tapi tidak buat dirinya kerana larangan untuknya bertanding oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Persoalan sama ada Dr Wan Azizah akan bertanding masih menjadi teka teki kerana Anwar dan Azmin saling mengeluarkan kenyataan berbeza.
“Sekali lagi saya mendesak, demi kelancaran dan memperkuatkan jentera kempen, Datin Seri Wan Azizah haruslah sedia meletak jawatan dan menamakan YB Azmin Ali selaku penyandangnya agar beliau boleh segera memilih calon yang terbaik untuk mewakili parti.
“Di saat penentu ini,  kepentingan peribadinya hendaklah diketepikan kerana kempen ini harus dipimpin oleh pemimpin yang layak serta diyakini keseluruhan ahli akar umbi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
“Mungkin juga inilah karma dan hukuman buat beliau – akibat dari sikapnya yang terus bersandiwara di hadapan rakyat, menyembunyikan sikap sebenarnya yang hipokrit dan prejudis sehingga telah menghancurkan karier politik saya.
“…Puncanya hanya kerana cemburunya beliau terhadap hubungan rapat antara saya dan Datuk Seri Anwar, terutama apabila melibatkan urusan dan tugasan di luar negara,” tambah  Fareez.
Pada masa sama beliau menegaskan PKR seharusnya memperkuatkan parti dan bukan melayan segala propaganda dan fitnah Umno.

2 comments:

  1. cakap orang yang kecewa dan berdemdam macam nak tunjuk baik tapi .........

    ReplyDelete
  2. Kalau tak silap saya Dr Wan Azizah meletak jawatan (kosongkan kerusi Ahli Parlimen) pada tahun 2008 bulan tak ingat..sudah habiskah edahnya untuk boleh bertanding semula selepas 5 tahun meletakan jawatan MP. Kalau saya silap tolong betulkan, terima kasih.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa