Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 2, 2013

Saman Hingga Bankrap Jenis Pelacur Yang gunakan Pena Untuk Melacur!

Pelacur yang jenis tak pernah serik walau pun beberapa kali dicekup!
Khairul Fahmi mahu saman Utusan Malaysia
Jamilah Kamarudin | April 2, 2013
Beliau telah melantik peguam bagi mengkaji undang-undang berhubung penyiaran berita yang dianggapnya sebagai fitnah.
KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Fahmi Mat Som memberi tempoh dua hari kepada akhbar Utusan Malaysia untuk menarik balik laporan berita yang mendakwanya menghina Nabi Muhammad saw.
Khairul Fahmi berkata, beliau telah melantik peguam bagi mengkaji undang-undang berhubung penyiaran berita yang dianggapnya sebagai fitnah.
“Saya menganggap Utusan Malaysia berniat jahat dengan sengaja menyiarkan kenyataan yang berbaur fitnah, hasutan serta menanam sentimen kebencian rakyat terhadap diri saya disamping mahu menjatuhkan reputasi diri saya.
“Sehubungan itu, saya memberi tempoh masa selama dua hari kepada Utusan Malaysia bagi menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf secara terbuka.
“Sekiranya Utusan Malaysia gagal berbuat demikian, saya tidak teragak-agak untuk memfailkan saman serta tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata dirinya telah mengeluarkan satu kenyataan semalam mempertahankan tulisannya di laman sosial twitter itu tidak bermaksud untuk menghina, sebaliknya disalah tafsir media.
Katanya, Utusan sepatutnya mendapatkan maklumat dan pengesahan dari sumber utama iaitu dirinya sendiri sebelum menyiarkan sebarang laporan berita.
“Fokus kecaman saya adalah kepada Barisan Nasional dan UMNO yang mengamalkan politik melampau seperti video lucah dan kerana itulah saya dianggap menghina Nabi Muhammad saw,” katanya.
Khairul Fahmi dalam twitter miliknya pada 26 Mac lalu menyebut: “Kalau Nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan……jahanam UMNO”.
Kenyataannya itu kemudian mendapat beberapa reaksi negatif termasuk kecaman daripada pemimpin BN termasuk pemimpin agama.
Manakala NGO Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) membuat dua laporan polis minggu lalu mendesak polis dan jabatan agama Islam menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa