Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 7, 2013

Sehingga Tahap Sebegini Pun Anwar Tak Dendam?

Anwar ni jenis manusia atau malaikat?
Sehingga ke tahap sebegini pun masih memaafkan dan tidak berdendam!
Kalau aku, sehingga hujung dunia aku hambat.....
Kalau aku tak mampu, kat Cucu aku akan wasiatkan!

Jika Dr. Z Terlambat Sedikit, Anwar Mungkin Telah Tiada Kini...

20/9/1998 : Anwar ditahan polis.

21/9/1998 : Polis bertindak ganas pada perhimpunan aman KL.

22/9/1998 : KPN Rahim Nor tuduh Anwar buat kacau semalam.

Pada tarikh 25/9/1998, aku pula ditahan ISA. Giliran aku pula dipukul teruk oleh KPN Rahim Nor. Dan pada tarikh 21/11/1998 aku telah dibebaskan tanpa syarat.

Hari-hari kemudian selepas dibebaskan daripada ISA, aku berjumpa dengan sorang doktor Hospital Besar KL di Bhg Forensik. Namanya Dr Z. Ia diperkenal oleh adikku. Doktor Z telah menceritakan kepada aku...

Pada malam 20/9/1998, Dr Z bertugas shif malam di pejabat Bhg Forensik HBKL. Ada panggilan masuk di bilik bos beliau Dr Abdul Rahman Yusof. Pangilan itu dibuat berkali-kali dan telefon terus berdering-dering kerana bos tiada.

Mahu tidak mahu, Dr Z terpaksa mengambil panggilan tersebut. Pemanggil yang lansung tidak bertanyakan siapa dipanggilan terus minta untuk datang segera ke Bukit Aman.

Urgent!

Sudah tentulah Dr Z pergi.

Sebaik Dr Z tiba di Bukit Aman. Dr Z menunggu di lokasi yang telah ditentukan semasa panggilan tadi. Beliau kemudiannya mengikuti saja si pemanggil dan dibawa masuk ke dalam sebuak lokap...dan beliau terkejut!.

Dr Z terkejut besar kerana di hadapan matanya terbaring sorang insan bernama Anwar Ibrahim!. Beliau dalam keadaan terbaring. Suaranya perlahan dan di dalam kesakitan.

Waktu sudah melewati 12.00 malam, bermakna telah masuk 21/9/1998. Dr Z telah melakukan segera apa yang patut. Oleh Dr Z ialah seorang forensik, beliau tidak membawa peralatan perubatan. Tambahan pemanggil tidak memberitahu situasi sebenar.

Dr Z memberitahu aku, keadaan Anwar Ibrahim ketika itu sangat kritikal. Leher beliau mempunyai kesan lembam. Beliau bimbang akan berlakunya blood clotting. Ini boleh menyekat aliran oksigen ke otak. Bahaya!

Dr Z pantas berfikir dan akhirnya mendapat idea. Lantas beliau bertanyakan kepada polis guard lokap.."Ada apa-apa minyak?". Mujur polis tersebut ada menyimpan minyak gama dan segera diberikan kepada Dr Z.

Minyak gamat itu disapukan dan diurut pada leher Anwar. Takdir Allah..alhamdulillah.. ia berkesan!. Dr Z lega kerana akhirnya dapat membaca aliran oksigen Anwar kembali normal.

Dr Z turut memberitahu aku, menurut pengamatannya, kalau dia lambat tiba malam itu... mungkin Anwar Ibrahim tiada lagi hari ini.

Coretan di atas adalah catatan pengalaman oleh Abd Malek Husin di dalam twitter. Beliau merupakan bekas Setiausaha Eksekutif Parti Islam seMalaysia /PAS. Kini beliau adalah Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia / Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel). Beliau telah ditahan oleh polis PDRM selama 57 hari tanpa bicara dan dibebaskan hanya pada 21 November 1998 di bawah ISA selepas menyertai satu demonstrasi di Masjid Negara pada hari Jumaat, 25 September 1998. - sumber

1 comment:

  1. maknusia boleh merancang aja jadi tak jadi Allah yang tentukan kedzoliman 98 pada anwar tidak dilupakan.lawan tetap lawan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa