Bila berbunyi guruh di langit, bukan main galak lagi sekelian keturunan katak!
Wei Sin keluar parti
Wei Sin keluar parti
10 April 2013
SUNGAI PETANI – Ura-ura mengatakan seorang pemimpin sayap MCA Sungai Petani akan keluar parti akhirnya terjawab apabila Ketua Pemudanya, Ong Wei Sin membuat kenyataan itu semalam.
Beliau yang ditemui di sini secara bersendirian menjelaskan telah menghantar surat peletakan jawatan serta keluar parti secara rasmi ke MCA Pusat semalam (9 April).
Menurutnya, tindakan drastik yang dilakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) setelah lebih 10 tahun dalam MCA itu adalah keputusan yang diambil sendiri serta tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
“Tujuan saya ambil tindakan ini adalah kehendak sendiri bukan sebab tidak dicalonkan, dengan harapan dapat mencari pentas lebih sesuai untuk berbakti kepada masyarakat,” katanya.
Wei Sin berkata, sebaik sahaja khabar angin mengatakan beliau mahu keluar parti tersebar, rakan politik dari parti lain ada menghubunginya dan tidak kurang juga yang menawarkan kerusi untuknya bertanding.
“Buat masa ini saya masih mahu berfikir dan berbincang dengan orang terdekat sama ada mahu menerima tawaran berkenaan atau tidak,” katanya.
Beliau berkata, Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew ada menghubunginya sebelum ini dengan memintanya supaya tidak membuat keputusan keluar parti selain memintanya bersabar.
“Saya turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Chong Itt Chew atas keprihatinan beliau,” katanya.
Wei Sin yang kini berusia 47 tahun juga merupakan seorang yang berpengaruh kerana beliau adalah Ketua Skuad Bantuan Krisis
MCA (CRSM) Sungai Petani yang banyak membantu pihak berkuasa membanteras jenayah.
Sebelum ini, beliau juga pernah menjawat Ketua Biro Sukan Pemuda MCA Malaysia, Naib Ketua Pemuda MCA Kedah dan Ketua Cawangan MCA Pekan Baru, Sungai Petani.
Desas-desus juga mengatakan, kemungkinan beliau akan bertanding di Dun Bakar Arang (N28) sebagai calon bebas atau mewakili parti lain yang telah menawarkan kerusi tersebut kepadanya.
Antara yang turut disebut-sebut bakal bertanding di tempat sama ialah Naib Ketua AMK Kedah, Simon Oii Tze Min (PKR);Vincent Uh (Parti Kita) dan Dr Lee Yen Wang (MCA).

musim lompat 5 tahun 1 kali suasana biasa yang dapat dilihat. lompat duit bukan lompat untuk memimpin
ReplyDelete