Dia ingat rakyat buta, tuli dan bodoh
BN berkempen sepanjang masa
Bukan saja RTM dan TV3 bahkan semua media perdana yang ada
Pembangkang hanya diberikan masa 10 minit sahaja
Apa dia ingat semua tu harta mak bapak dia ker?
Pas tu pulak yang kartunnya, kena rakam pulak
Kalau apa-apa hal yang dipotong atau terubah
Ada ker masa untuk pembangkang memperbetul dan menerangkan semula kepada rakyat?
Rais kata manifesto Pakatan hanya layak diberikan 10 minit
OLEH SYED JAYMAL ZAHIID
APRIL 10, 2013
KUALA LUMPUR, 10 April — Datuk Seri Rais Yatim (gambar) hari ini berkata 10 minit masa siaran yang diberikan kepada parti Pakatan Rakyat (PR) untuk menerangkan manifesto pilihan raya mereka adalah “bersesuaian”.
Pemangku menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan itu juga berkata masa pendek yang ditawarkan kepada PR adalah lebih daripada cukup untuk PR menerangkan janji mereka.
“Ia lebih daripada cukup kerana kami hanya menerangkan prinsip perjuangan parti. Jadi untuk BN dan pembangkang, mereka layak untuk terima tempoh siaran yang ditawarkan selepas kami mempertimbangkan berapa pentingnya untuk mereka membentangkan manifesto.
“Bagi BN, ia lebih daripada itu, ia komitmen dan janji yang baru sahaja diumumkan oleh perdana menteri,” kata beliau kepada wartawan selepas menghadiri mesyuarat tertutup antara pengerusi BN dan pemangku perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
PR telah menolak tawaran itu, mengganggapnya sebagai sebagai “jenaka” dan penghinaan kepada kebebasan akhbar.
Pemimpin pembangkang berkata mereka mahukan hak menjawab, bukan hanya semasa pilihan raya umum, tetapi pada setiap masa dalam semua media arus perdana dan stesen TV, yang mana hampir semuanya dikawal oleh BN.
Ruang percuma ke media adalah antara lapan tuntutan utama yang dibuat oleh PR dan juga kumpulan pendesak pilihan raya Bersih 2.0. Ia juga merupakan salah satu cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa khas parlimen (PSC) berkenaan dengan reformasi pilihan raya.
Rais, yang memberitahu agensi berita Bernama ia adalah “ok” untuk menggunakan aset negeri untuk berkempen menjelang tempoh rasmi berkempen , berkata peluang itu diberikan sejajar dengan sistem demokrasi di negara ini dan menyifatkan penolakan tawaran itu sebagai satu tindakan “sombong”.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula mendakwa tawaran itu adalah berepisod dan bukan hanya sekali sahaja serta mengatakan pembangkang salah faham niat kerajaan
orang yang macam ni yang nik Aziz kata kalau sembahyang tak dapat pahala ,kerana menyalah guna kuasa ,
ReplyDeletehahaha...si rais ni mase dlm semangat 46 die dok kutuk TV3 suku dgn RTM,la ni dah dok dlm umno die yg menyalak lbeh...mmg xsedar diri tua ni,aku tggu die dok jadi pembangkang balik nti nak tgok statement die utk tv3 dgn rtm nti....dunia berputar bang rais oi...hahahaha
ReplyDelete