Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 16, 2013

Tee Keat Merajuk - Mungkinkah Laluan Rafizi Lebih Mudah?

Nampaknya bila keluar nama Calon-Calon selepas saringan akhir baik dari MCA atau UMNO, ramai yang terkedu, mungkin juga kecil hati dan merajuk

Apakah semua ini tidak membawa kesan di dalam PRU13 nanti?

Nampaknya UMNO dan MCA memperjudikan nasib dan masa depan masing-masing di tangan orang-orang baru yang penerimaannya oleh pengundi belum teruji

Saya yakin permainan 'cah keting' dan 'betes' akan berlaku sekiranya diperhatikan apa yang berlaku pada PRU yang lepas-lepas walau pun pada masa itu pertelingkahan pemilihan Calon-Calon tidaklah begitu serius


Tapi pada kali ini akan lebih parah nampaknya, riak-riak yang negatif sudah timbul ke permukaan walau pun senarai nama sepenuhnya belum diistiharkan lagi sehingga esok


Tee Keat: Rakyat akan jadi hakim isu senarai calon MCA
OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA


APRIL 15, 2013
KUALA LUMPUR, 15 April – Senarai calon MCA tidak lama lagi akan “dihakimi oleh rakyat”, kata Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini, sebaik sahaja disahkan digugurkan daripada bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Akan tetapi bekas presiden MCA mendiamkan diri tentang sama ada beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Pandan sebagai calon bebas untuk membantah keputusan partinya untuk meletakkan peguam berusia 39 tahun Garry Lim Chin Yee untuk melawan Rafizi Ramli dari PKR.
“Saya akan beritahu apabila tiba masanya. Senarai calon MCA akan dihakimi oleh rakyat tidak lama lagi,” kata Ong dalam kenyataan pendeknya kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Ong yang tidak sebulu dengan penggantinya sebagai presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, merupakan ahli parlimen selama lima penggal bagi kerusi parlimen Pandan, digugurkan petang ini dari senarai calon Barisan Nasional (BN) selepas senarai akhir diserahkan kepada semua ketua parti komponen.
Beliau menyertai dua lagi naib presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Gan Peng Sieu yang turut digugurkan sebagai calon.
Ong dan Ng kedua-duanya penyandang ahli parlimen Pandan dan Raub, sementara Gan dilantik sebagai senator selepas kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol di Johor.
Gan pernah dikatakan seiring dengan kumpulan Ong masa berlakunya krisis dalaman MCA setelah pilihan raya 2008 yang menyaksikan perwakilan parlimen MCA berkurangan lebih daripada separuh.
Dr. Chua menggantikan Ong sebagai presiden MCA pada 2010, tapi Ong masih kekal popular di kalangan pengundi cina dengan jumlah sokongan yang ketara di dalam BN.
Setelah digugurkan dari senarai calon untuk pilihan raya ke-13 oleh Dr. Chua pada Februari lepas, Ong menegaskan beliau akan bertanding sebagai calon BN di Pandan melawan pengarah strategi PKR Rafizi yang dikenali ramai.
Ong pada masa itu juga tidak menjawab soalan sama ada dia akan pilih untuk bertanding sebagai calon bebas sekiranya BN tidak setuju untuk meletakkan beliau di Pandan.
Beliau juga tidak mengatakan sama ada beliau merasakan sebagai calon pilihan BN dan Najib bagi kerusi Pandan.
Kedua-duanya menurutnya pada ketika itu adalah spekulasi semata-mata sehingga kepimpinan BN membuat keputusan.
Difahamkan Ong disokong oleh pemimpin kanan Umno untuk mempertahankan kerusi parlimen Pandan oleh kerana populariti peribadinya dikalangan penduduk kawasan tersebut.
Pemerhati juga merasakan peluang BN untuk mempertahankan Pandan lebih baik jika Ong sebagai calon terutamanya apabila berhadapan dengan Rafizi dari PKR.
Rafizi, 35 mencipta namanya tahun lalu dengan beberapa siri pendedahan seperti skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan namanya membanjiri dada-dada akhbar.
MCA menang 15 daripada 40 kerusi parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya 2008; tujuh daripadanya terletak di Johor.
Pakatan Rakyat (PR) walau bagaimanapun, masuk ke kubu kuat MCA dengan meletakkan penasihat DAP Lim Kit Siang di kerusi parlimen Gelang Patah.
The Malaysian Insider melaporkan hari ini BN akan meletakkan menteri besar kerajaan sementara Datuk Abdul Ghani Othman di Gelang Patah selepas MCA menyerahkan kerusi kepada Umno.
Dr Chua yang dijangkakan akan berhadapan dengan Lim mengatakan Khamis lepas beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya 5 Mei bagi membuktikan beliau komited untuk bekerja bagi parti dan bukannya gilakan kuasa.
PKR bertanding di Gelang Patah dalam dua pilihan raya umum lepas, tetapi kalah dua kali kepada Ketua Wanita MCA Johor Tan Ah Eng.
Tan mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 8,851 undi, lebih kecil daripada majoriti 31,666 undi pada 2004.
Pengundi Cina membentuk 54 peratus di kawasan tersebut manakala Melayu dan India masing-masing adalah 34 peratus dan 12 peratus

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa