Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 15, 2013

Tindakan Yang Mungkin Membantu Keruntuhan Kerajaan BN

Salahkah perbuatan mereka ini di dalam negara yang dikatakan demokrasi?
Tak tahu pulak aku mengedar risalah dan menyeru orang ramai itu menjadi kesalahan
Soalnya adakah ini kesalahan berat walaupun mungkin salah?

Entahlah aku bukannya pakar dalam bidang undang-undang
Cuma bagi akulah, janganlah nampak pihak Polis hanya mencari salah di pihak Pembangkang saja
Sedangkan banyak kesalahan-kesalahan yang lebih besar dilakukan oleh pihak yang memerintah sekarang - itu pun melibatkan imej Polis di mata rakyat juga!

Adik Teoh Beng Hock dan tiga aktivis ditahan dibalai polis Bidor, Perak
APRIL 15, 2013
KUALA LUMPUR, 15 April – Adik kepada Teoh Beng Hock, Teoh Lee Lan dan tiga lagi aktivis telah ditahan dibalai polis Bidor, Perak selepas mengedarkan risalah menuntut perubahan kerajaan dan keadilan untuk pembantu ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) DAP Selangor yang mati dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) empat tahun lalu.
Koordinator bagi badan bukan kerajaan (NGO) ‘Rakyat Malaysia untuk Beng Hock’, Ng Yap Hwa merupakan antara yang ditahan mengatakan kumpulan tersebut terserempak dengan sekumpulan polis yang tidak berpakaian seragam.
“Kami bertanya apakah kami ditahan, tetapi mereka tidak memberitahu apa-apa. Mereka menyuruh kami bekerjasama dan mengikut mereka ke balai polis untuk penyiasatan,” kata Ng dipetik dari sebuah portal berita.
Menurut Ng, mereka terpaksa mengikut polis oleh kerana MyKad milik mereka berada bersama polis. Ng percaya mereka akan didakwa di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) tetapi masih belum disahkan oleh pihak polis.
“ADUN DAP A Sivanesan menghubungi pegawai Special Branch apabila mengetahui tentang ini.
“Beliau diberitahu kami disiasat di bawah PPPA oleh kerana risalah tidak menyatakan tentang pencetak,” kata Ng dipetik dari portal berita Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa