Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 2, 2013

Tuntut Sabah: Filipina Nak Mencari Damai Atau Mencari Gaduh?

Tokoh Islam bantu Manila untuk tuntut Sabah
APRIL 02, 2013
The Philippine Star' melaporkan hari ini Presiden Benigno Aquino III telah mendapatkan nasihat profesor dari institusi pendidikan terkemuka republik itu. - Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 2 April — Manila dilaporkan mendapatkan nasihat daripada tokoh Islam terkenal mereka untuk mengkaji tuntutan tidak aktif negara mereka terhadap Sabah walaupun negeri utara Borneo berada di bawah tadbir urus Malaysia sepanjang 50 tahun yang lalu.
Tanpa menamakan sumber, The Philippine Star melaporkan hari ini Presiden Benigno Aquino III telah mendapatkan nasihat profesor dari institusi pendidikan terkemuka republik itu, termasuk University of the Philippines, untuk mendapatkan kefahaman dan konteks sejarah bagi isu sensitif wilayah berkenaan berikutan dengan tuntutan diperbaharui oleh puak Islam Filipina ke atas Sabah yang pernah menjadi milik mereka pada abad ke 17.
“Kami telah mendapatkan nasihat dari tokoh Islam, sebahagian daripada mereka adalah orang tua,” kata sumber dalaman pejabat presiden dilaporkan berkata.
Sabah telah menjadi sebahagian daripada Malaysia semenjak 1963, selepas referendum Suruhanjaya Cobbold pada 1962 di negeri tersebut dan jirannya Sarawak dimana dua pertiga daripada rakyat mengundi untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Tuntutan Filipina terhadap Sabah menjadi tidak aktif semenjak itu, sehingga ia dihidupkan semula dua bulan lalu oleh kumpulan dari selatan Filipina di bawah pimpinan lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III, dimana pasukannya mendarat di pantai berhampiran Lahad Datu pada 9 Febuari dan telah melancarkan perang gerilla terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Putrajaya telah membayar elaun tahunan sebanyak RM5,300 kepada Manila oleh kerana Kesultanan Sulu menyerahkan negeri utara Borneo itu - Sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa