Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 1, 2013

Betulkah Mahathir Masih Menjadi Pemimpin Paling Popular Di Dalam UMNO?

Adakah dia masih dihormati atau ditakuti di dalam UMNO?
Adakah benar katanya 'Hanya orang bodoh saja yang berada di dalam UMNO'?
Jadi kalau benar, tak hairanlah!

Selepas 10 tahun tinggal kerajaan, mengapa Dr Mahathir masih pemimpin Umno paling popular?
OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
OCTOBER 01, 2013
LATEST UPDATE: OCTOBER 01, 2013 10:30 AM
‎Tidak hairanlah mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ahli korporat terkemuka bertemu dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapat pandangan sesuatu dasar serta memperoleh perkenan beliau.
Meskipun sudah meletakkan jawatan genap 10 tahun sebagai Perdana Menteri pada bulan ini, Dr Mahathir masih merupakan pemimpin popular dalam Umno hingga ke hari ini menurut kajian yang dijalankan ke atas penyokong parti Melayu itu.
Merdeka Center menjalankan kajian pelbagai isu berkaitan parti itu termasuk kepercayaan dalam Umno dan sentimen kepada personaliti.
Dr Mahathir mendapat undian 79% daripada responden yang mengambil bahagian dalam satu kajian yang dijalankan melalui telefon bulan lalu. Najib pula mendapat undian sebanyak 69%, Muhyiddin (54%) dan Ahmad Zahid (58%).Soalan itu ditanyakan kepada 600 penyokong parti bagi menilai pemimpin parti seperti Najib, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Tan Sri Isa Samad, Dr Mahathir dan lain-lain.
Mantan Perdana Menteri itu masih kekal popular meskipun beliau tidak menjawat apa-apa jawatan dalam Umno setelah menyerahkan jawatan yang disandangnya itu selama 22 tahun kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003.
Dengan hasil kajian itu, populariti Dr Mahathir masih mendahului pemimpin Umno masa kini meskipun dituduh dengan pelbagai tohmahan karakter dan kepimpinannya terdahulu. Mengapa?
Jawapannya mudah. Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa kepimpinan Dr Mahathir merupakan parti yang kuat dengan penguasaan dua pertiga di Parlimen menjadi kebiasaan dan suara pembangkang tidak selantang sekarang.
Dengan keadaan sedemikian, Umno/BN mampu menghalang segala penentangan terhadap polisinya tidak seperti hari ini yang melihatkan Najib menerima tentangan hampir kesemua inisiatifnya oleh pihak pembangkang setelah Pakatan Rakyat (PR) mendapat 52% undi popular semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
Kekaguman terhadap Dr Mahathir juga adalah ketegasan beliau. Berbeza dengan kritikan dilontarkan kepada Najib yang merupakan seorang pemimpin tidak tegas, selalu mendengar pandangan ramai berbanding mengambil keputusan berani untuk Malaysia.
Berbeza ketika zaman pemerintahan Dr Mahathir, apabila pemimpin itu mahu melaksanakan sesuatu dasar, beliau bertekad melaksanakannya dan tidak peduli dengan pandangan pihak lain.
Tidak hairanlah pendekatan sebegini menyebabkan kerugian besar seperti penjualan syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kepada Tan Sri Tajudin Ramli dan kegagalan beberapa projek lain seperti Perwaja Steel.
Penyokong Umno mahu pemimpin tegas dalam parti mereka setelah kegagalan Abdullah dan kini terpaksa melayan kerenah Najib.
Akhbar milik Umno dan seangkatan dengannya seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Harian Metro tidak memberi gambaran sebenar tentang pentadbiran Dr Mahathir.
Laporan mereka selama bertahun-tahun hanyalah mahu mengampu dan berfikiran sempit dengan memfokuskan kejayaan besar beliau sahaja tanpa melaporkan kegagalan atau jalan pintas yang diambil bagi mencapai kejayaan.
Hasilnya, liputan meluas seperti kejayaan mercu tanda Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas berbanding berbillon ringgit royalti minyak dibazirkan untuk projek yang sia-sia.
Persoalannya, adakah populariti Dr Mahathir membantu Datuk Mukhriz Mahathir memenangi jawatan naib presiden Umno?

Dengan pengaruh yang ada pada Mukhriz, ikon itu mampu memberi ancaman besar kepada penyandang-penyandang jawatan itu, Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Datuk Seri Shafie Apdal. – 1 Oktober, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa