Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 4, 2013

Di Mata Orang UMNO, Zahid Lebih Bersih Dari Muhyiddin?

Akibat terlalu terkenal, “kempen hitam” terhadap Zahid bermula
OCTOBER 04, 2013
Penyandang Jawatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) yang dilihat sebagai calon paling popular untuk mempertahankan jawatan itu menjelang 19 Oktober ini, mula diserang dengan “kempen hitam” atau dikenali sebagai “black campaign”.

Sebuah video bertajuk “Jenayah Zahid Hamidi” dimuatnaik di laman sosial Youtube yang mendakwa bekas kekasih kepada anak menteri dalam negeri itu, Amir Bazli Abdullah dicederakan oleh Ahmad Zahid.

“Ini adalah video klip yang melibatkan jenayah Zahid Hamidi. Sikap menggunakan kuasa untuk menekan undang-undang tidak melayakkan beliau memimpin Umno,” tulis sinopsis klip video yang dimuat naik pada 2 Oktober menggunakan nama akaun ‘azlanshah mohd noor’.
Dalam klip video sepanjang 47:15 minit itu, Amir Bazli menceritakan kronologi kejadian bermula daripada mula beliau mengenali anak  Zahid sehingga beliau terlantar di hospital selepas dipukul.“Jangan sampai Zahid Hamidi menjadi liabiliti kepada Umno. Kita perlu menjadikan Umno parti yang dihormati bukan mengambil tindakan sendiri tanpa memperdulikan undang-undang. Zahid Hamidi hari ini Menteri Dalam Negeri. Adakah ini tidak memalukan kerajaan. Apakah tidak akan menjadi liabiliti kepada Umno kelak. Kita fikir sendiri,” katanya.
Amir Bazli memfailkan saman pada Julai 2007 terhadap Ahmad Zahid yang pada ketika itu timbalan menteri kerana menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor.
Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuh dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman Zahid di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfailkan saman balas terhadap Amir Bazli.
Ahmad Zahid, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal dicabar tiga individu untuk jawatan naib presiden Umno iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.
Dalam kajian dijalankan Merdeka Center baru-baru ini, terhadap sentimen kepada pemimpin-pemimpin di kalangan ahli Umno, Ahmad Zahid adalah salah seorang tokoh popular.
Kaji selidik dijalankan terhadap 600 penyokong parti bagi menilai pemimpin Umno seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahmad Zahid, Hishammuddin, Mohd Ali, Mohd Isa, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lain-lain.
Dr Mahathir mendapat undian 79% daripada responden yang mengambil bahagian dalam satu kajian yang dijalankan melalui telefon bulan lalu.
Najib pula mendapat undian sebanyak 69%, Muhyiddin (54%) dan Ahmad Zahid (58%).
Kajian itu menunjukkan Ahmad Zahid lebih popular daripada Muhyiddin yang merupakan timbalan peresiden Umno.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian akan diadakan serentak pada 12 Oktober.
Sementara mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat bahagian dan jawatan Majlis Tertinggi pula dijadual diadakan serentak pada 19 Oktober.
Pembelian kompleks apartmen mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta) sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangka menjejaskan peluang Mohd Isa dalam perebutan jawatan naib presiden Umno.
The Malaysian Insider difahamkan terdapat ketidakpuashatian di kalangan pemimpin Umno berhubung perbelanjaan besar dibayar oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties untuk Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia menetap di ibu kota United Kingdom (UK) itu. – 4 Oktober, 2013. - sumber

2 comments:

  1. Semuanya ada cerita 'hitam'. Nak cari yg bersih memang payah dikalangan mereka sebenarnya...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa