Ketika parlimen bersidang, mereka di luar negara
Di luar Parlimen begitu lantang menentang
Masa pengundian di Parlimen mereka hilang!
Atas apa alasan sekali pun, adakah pengundi/rakyat akan memaafkan?
Yang menunaikan haji tu, takleh nak kata apalah sebab itu 'Rukun'
Di luar Parlimen begitu lantang menentang
Masa pengundian di Parlimen mereka hilang!
Atas apa alasan sekali pun, adakah pengundi/rakyat akan memaafkan?
Yang menunaikan haji tu, takleh nak kata apalah sebab itu 'Rukun'
MP Pakatan dibidas tak hadir pengundian PCA
Ada yang menulis di Twitter untuk meluahkan rasa tidak puas hati mengenainya perkara itu.
Paling ketara di kalangan yang tidak hadir semalam ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketiadaannya amat dirasai, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir untuk memastikan rang undang-undang itu diluluskan.
Turut tidak hadir ialah anak perempuan Anwar - Nurul Izzah - yang juga MP Lembah Pantai; MP Pandan Rafizi Ramli, Karpal Singh dari DAP dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santigo.
Anwar hari ini memberitahu pemberita bahawa beberapa MP, seperti Nurul dan Charles, telah ditugaskan oleh Pakatan Rakyat untuk ke Jepun berhubung rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), dan beliau juga dimaklumkan bahawa beberapa MP pergi menunaikan haji, termasuk Rafizi.
"Beberapa orang kembali selepas menemui Pope. Selebihnya, saya rasa urusesia sedang menyemak mereka yang tidak hadir (dan) apa sebabnya. Tetapi saya fikir secara umumnya jika anda lihat... 90 peratus sudah ada," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen.
Anwar telah dijemput bertemu dengan Pope Francis I di Rom.
Di Twitternya, Latheefa Koya dari PKR (kanan) mempertahankan Pakatan Rakyat, dengan berkata, sama ada mereka hadir atau tidak, rang undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Peluasan) 2013 akan diluluskan juga.
"(Adalah) kebudak-budakan untuk menegur MP PR (Pakatan) yang pergi mengerjakan haji - dan tidak hadir untuk (mengundi) rang undang-undang PCA. Fokus pada isu tersebut - jangan alih perhatian," katanya dalam tweet.
Sementara itu Ketua Whip PKR Azmin Ali berkata, rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari itu dengan diberi notis yang singkat.
Apa yang lebih penting, kata MP Gombak itu, ialah wakil rakyat pembangkang yang hadir telah berjuang habis-habisan menentang rang undang-undang tersebut.
MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS (kanan) memberitahu Malaysiakini bahawa ahli parlimen berkenaan tidak menjangka perbahasan akan berlarutan hingga ke malam, jadi ramai yang mempunyai jadual lain untuk dipenuhi.
Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di Aceh, Indonesia, atas jemputan rasmi manakala MP Shah Alam, Khalid Samad berada di Australia.
Sementara itu, ketua whip DAP, Anthony Loke berkata, Karpal terpaksa meninggalkan Parlimen awal kerana dia kurang sihat, tetapi itu tidak bermakna beliau "tidak peduli".
Katanya, mereka hanya dimaklumkan mengenai bacaan kedua sehari sebelumnya, ketika ada yang sudah berada di luar negara, tetapi berkata mereka yang tinggal, telah menunggu hingga melepasi tengah malam untuk menentang pindaan tersebut.
Rang Undang-undang ini diluluskan pada jam 12.50 tengah malam, selepas hampir lapan jam perbahasan, dengan 115 undi BN menyokong dan 66 undi Pakatan menentangnya.
Masa nak haji baru nak bersidang itu lak kerja umno ambil kesempatan bila banyak orang PR tak hadir sidang sampai pagi. Rakyat dah tahu tektic mereka.ISA ATAU PCA cuma nama tukar nak cover kejahilan mereka, depan rakyat tipulah depan Allah api neraka sedang menunggu.Problem gangster di Malaysia, kalau polis dan hakim tak sekongkol dengan pemerintah yang korup tak payah PCA.Jawab mengapa negara kita juara korupsi dunia.Cara pembelian yang audit keluarkan report , dah tahu rasuah, rasuah dan rasuah. Bagilah makan anakbini dengan duit itu, tak dapat lah takwa
ReplyDeleteinilah taktik kerajaan pandi kutty yang terdesak untuk meluluskan akta draconian bagi mengsahkan kerja-kerja zalim balaci! adakah ini satu nasihat juga dari apco ? ABU jangan lupa
ReplyDeletePada pandangan ambo. mereka mempunyai alasan yang konkrit untuk tidak hadir. Bertugas luar negarapun adalah satu tanggungjawab. Melainkan kalau depa pergi melancong tidak tentu pasal.. Mereka membuat lawatan rasmi, kemungkinan tarikh lawatan tersebut telah ditetapkan sebelum pembentangan PCA. harap maklum
ReplyDeletenak lulus wajib 2/3 atau hanya majoriti? kalau majoriti, wakil bn ada 115 dah menang walaupun pr turun 100%.
ReplyDeletetak payah marah marah kat mp yang tak hadir lah..marahlah kat sepengundi bn yang bodoh lagi tolol tu,mereka yang patut ditololkan
ReplyDeleteApa juga alasan kebelakangan ni MP PR dah mula dijangkati peenyakit PONTENG seperti lazim MP BN ...... Sebab duduk sebelik dengan mereka kot.
ReplyDeleteDulu semasa jadi pegawai bertugas parlimen 1985 hingga 1994 saya kagum dengan komitmen pembankang ketika itu walau pun sikit tapi kommited.....
La ni entahlah.....
Semua Pengomen
ReplyDeletePada saya selain dari mengerjakan Haji tidak ada alasan untuk ponteng.
Mana lebih mendesak tugas di luar negera yang boleh ditangguhkan dengan pengundian dan perbahasan di Parlimen ke atas satu akta yang melibatkan keselamatan rakyat?
Ini Bill penting, di buat tergesa gesa tanpa notice.Nampak sangat nak menipu.Pilih lah orang yang pendirian betul, baru gertak turus kutuk lawan semasa kes DSAI. Maka ini lah jadi nya pincang dalam bill ini.Rakyat tak bodoh, jangan cuba cover kerajaan yang paling berasuah ini.Bertaubat lah umno, duit tabung dari sumber haram, sebab itu pemimpin, pun tak amanah sebab bala dari duit rasuah.Senang, kaya tapi tak ada takwa kerna hasil haram.
ReplyDelete