Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 3, 2013

Ini Dia Muka Pembunuh Yang Dapat Upah RM20,000 Tu......

Penarik Kereta Didakwa Bunuh Pengasas Ambank, Cuba Bunuh Isteri Mangsa
Koong Swee Kwan, 44, (tengah) yang bekerja sebagai penarik kereta 
dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Khamis 
atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank)
Hussain Ahmad Najadi di sebuah tempat letak kereta di Kuala Lumpur, Julai lalu. 

KUALA LUMPUR: Seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan pada Khamis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi di sebuah tempat letak kereta di sini Julai lalu.
Koong, 44, turut berdepan pertuduhan cubaan membunuh isteri pengasas itu, Cheong Mei Kuen, 49.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Koong selepas pertuduhan dibacakan di depan Penolong Pendaftar Rosmaniar Zainuddin.
Bagi pertuduhan pertama, Koong didakwa membunuh Hussain, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin No. 4 Lorong Ceylon, Daerah Dang Wangi, di sini pada 1.30 tengah hari hingga jam 2 petang, 29 Julai lalu.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Koong didakwa cuba membunuh Cheong sehingga menyebabkan kecederaan kepada wanita itu pada masa dan di tempat yang sama, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh yang berbaju t-shirt putih, tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik.
Dalam kejadian itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah. - BERNAMA

2 comments:

  1. tunggu dan lihat seterusnya ada motif ke tiada

    ReplyDelete
  2. Anon 7:39 PM

    Saya jangka motif yang diupah ialah duit. Dan mungkin motif yang mengupah juga adalah duit/perniagaan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa