Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 3, 2013

Kelantan Pun Tak Lepas Dari Sarang Penjenayah.....

Penjenayah dipercayai ada kaitan dengan kumpulan di Kelantan
KOTA BHARU: Polis Kelantan percaya tiga penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan polis di Gerik, Perak semalam mempunyai kaitan dengan kumpulan penjenayah di negeri ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dua daripada mereka yang merupakan adik beradik tiri dikesan berada di Kelantan pada Ogos lepas ketika pulang menyambut hari raya di rumah keluarga mereka di Tanjung Mas di sini. 
"Dua (penjenayah) memang orang Kelantan manakala seorang lagi tidak dapat dipastikan berasal dari mana. Mereka dipercayai ada kaitan dengan kumpulan penjenayah di negeri ini dan pulang sekali sekala ke rumah keluarga mereka. 
"Antara maklumat yang saya terima mengatakan seorang berada di Thailand, seorang lagi pernah bekerja sebagai tukang paip di beberapa negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Tiga penjenayah yang ditembak mati itu berumur antara 25 hingga 34 tahun.
Mereka dipercayai terlibat dengan kes bunuh, samun bersenjata dan mencuri kenderaan di Terengganu dan Perak sebelum ini. 
Mengenai Ops Cantas di Kelantan, Jalaluddin berkata seramai 502 penjenayah ditahan sepanjang September lepas dan 54 barangan termasuk beberapa pucuk pistol dan senapang angin buatan sendiri dirampas. 
"Ia melibatkan tiga kes senjata api di Pasir Mas, satu di Kuala Krai dan satu di Tanah Merah. Kelima-lima suspek yang memiliki senjata api tersebut telah dituduh di mahkamah," katanya.
Beliau juga berkata pihaknya bersedia untuk mengemas kini pelbagai dokumen agar ia selari dengan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman dan keselamatan awam atau pencegahan jenayah yang telah diluluskan Dewan Rakyat. - Bernama
Berkaitan : 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa