Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 1, 2013

Kalau Tak Bagi Pun, Duit Tu Lesap Juga!

Kalau berikan setidak-tidaknya ada juga masuk poket rakyat
Kalau tak beri pun duit akan lesap entah ke mana juga

Dr Mahathir: Pemberian BR1M dua kali akan sebabkan Melayu malas
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
OCTOBER 01, 2013
LATEST UPDATE: OCTOBER 01, 2013 08:39 PM
Pengumuman pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali dalam Bajet 2014 mendapat tentangan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menurutnya langkah itu akan mengakibatkan orang Melayu menjadi malas.
Mantan Perdana Menteri itu berkata pemberian BR1M tidak akan dihargai oleh rakyat terutamanya kaum bukan Melayu dan beliau menyifatkan ia sebagai suatu pembaziran.
"Tak salah kerajaan menghulurkan bantuan kepada orang miskin dan kurang upaya tetapi pemberian itu hanya akan membuatkan rakyat terus bergantung kepada kerajaan."Penerima BR1M tidak akan menghargai sumbangan kerajaan dan ini terbukti semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila pengundi Cina tidak mengundi Barisan Nasional (BN).
"Kerajaan seharusnya melatih dan mencungkil kebolehan rakyat. Bukan hanya terus membiarkan rakyat menunggu bantuan daripada kerajaan," katanya dalam satu sidang media di Subang Jaya hari ini.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pada Ahad kerajaan bercadang melaksanakan agihan pemberian BR1M sebanyak dua kali pada tahun hadapan.
Katanya, selain itu kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat melalui transaksi kepada akaun penerima dan nilai BR1M hanya akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 25 Oktober ini.
Menurutnya, nilai sebenar masih belum dipastikan tetapi ia lebih daripada RM500 yang diberi sebelum ini dan menjelaskan pemberian sebanyak dua kali bagi membolehkan penerima menggunakannya secara berhemat berbanding pemberian sekaligus.

Ahmad Husni berkata apabila dasar rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000. - 1 Oktober, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa