Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 2, 2013

KBS Penipu?

Kalau bukan ditaja, maka duit rakyatlah tuu....

KBS penipu, konsert K-pop bernilai RM1.6 juta bukan tajaan
MI - OCTOBER 02, 2013
LATEST UPDATE: OCTOBER 02, 2013 02:09 PM
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membelanjakan RM1.6 juta bagi membawa tiga kumpulan penyanyi K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 semalam mendedahkan penganjuran konsert itu datangnya daripada dana kerajaan meskipun KBS menafikan tahun lalu dengan mengatakan kos konsert itu ditanggung penaja.
Tiga kumpulan K-pop berkenaan adalah U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet manakala persembahan mereka dibawakan oleh Stadium First Sdn Bhd.
Selain itu, KBS ditegur kerana membelanjakan RM48,300 untuk ‘lawatan kerja’ ke Institut Kemahiran Belia Negara di Jitra, Songkhla, Phuket dan Krabi di Thailand untuk 21 sekretariat Hari Belia Kebangsaan dan pegawai kanan kementerian.Laporan audit itu turut mendedahkan KBS telah berbelanja melebihi had iaitu RM1.11 juta untuk promosi dan publisiti untuk acara tersebut.
KBS juga turut membelanjakan RM75,966 untuk promosi makan malam dan minum petang serta penginapan untuk wartawan.
Laporan itu juga mendapati perbelanjaan melampau termasuk bayaran RM50,000 kepada 50 penulis blog dan pengurusan syarikat serta jumlah amaun sama untuk promosi dan publisiti.
KBS juga didapati membayar RM7,500 kepada tiga penulis blog dalam bentuk elaun harian untuk liputan selama lima hari.
Tidak ketinggalan, perbelanjaan KBS sebanyak RM3.32 juta untuk satu juta kad keahlian Rakan Muda. – 2 Oktober, 2013.

2 comments:

  1. PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan menerima tajaan lebih RM20 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 27 Mei depan.

    Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, berdasarkan jumlah itu, sumbangan­ syarikat swasta pada sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini lebih besar berbanding yang dibelanjakan kerajaan.

    “Perbelanjaan kerajaan untuk sambutan Hari Belia Negara kali ini lebih kecil berbanding apa yang dibelanjakan oleh syarikat swasta. Ini adalah reaksi positif yang menunjukkan usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan belia negara mendapat sambutan dan sokongan ramai.

    “Tahun lalu kita terima tajaan daripada pihak swasta sebanyak RM15 juta manakala tahun ini jumlah itu bertambah RM5 juta dan saya yakin, ia akan semakin meningkat,” katanya pada Majlis Penyerahan Penajaan daripada Penaja-Penaja Sambutan Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia kepada KBS.

    - Sinar Harian 22 Mei 2012

    Inilah wang tajaan yang diperolehi oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012. Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar KPOP pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM 1 juta 600 ribu adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan. Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS.

    RM 20 Juta Wang Tajaan bagi menjayakan Hari Belia Negara dan ianya terbukti bahawa tidak ada Wang Rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pihak Pakatan Pembangkang yang hanya mengikut rumusan pendek laporan Pihak Audit Negara.

    Moga Rakyat celik mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan Audit negara tentang pembelian mesin Scanner beharga RM14 Ribu seunit. Tetapi dalam isu Kementerian Belia dan Sukan ianya tidak pembaziran Wang Rakyat sebaiknya adalah Wang Tajaan dari syarikat Koporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara.

    ReplyDelete
  2. Wonder- what benefit the private sector got by sponsoring this event..
    More project for them??? Especially if they know their money will be used to sponsor the K-POP....
    It not seem to be right here

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa