Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 4, 2013

Kesihan....Budak Umur 5 Dan 12 Tahun Pun Jadi Mangsa!

Empat tentera Thai maut dalam serangan bom
Yala: Empat tentera Thai terbunuh sementara tiga orang awam cedera dalam satu serangan bom di daerah Yala, semalam.
Kejadian berlaku ketika anggota keselamatan itu mengadakan rondaan di sepanjang jalan di Moo 3, Tambon Sa-eh Krong Pinang. 
Trak yang mereka naiki terbalik dan musnah dalam kejadian itu. 
Orang awam yang parah dikenali sebagai Ma Mahaming, gadis berusia 12 tahun dan seorang budak lelaki berumur 5 tahun.
Pegawai yang memeriksa tempat kejadian berkata, penyerang menyembunyikan bom buatan sendiri seberat antara 30 hingga 50 kilogram di bawah tanah.
Pihak berkuasa Thai berkata, penyerang dipercayai pejuang pemisah yang aktif di Krong Pinang diketuai oleh Abah Cheali. 
Selain aktif di Krong Pinang. mereka juga giat menjalankan kegiatan antikerajaan di daerah Bannang Sata. 
Di Pattani, seorang lelaki ditembak ketika menunggu rakannnya di tepi jalan. - AP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa