Dua minggu sebelum pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT), naib presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi mempunyai banyak cara untuk memenangi hati orang ramai, salah satu caranya dengan menghentam media.

zahid hamidi warning malaysiakini lawrence yong 1Di Kuala Lumpur, pada Jumaat, beliau mensasarkan wartawan Malaysiakini semasa sidang media kerana bertanya soalan berhubung kehilangan aset polis, atas kapasitinya sebagai menteri dalam negeri.

Pada hari berikutnya, di Ayer Keroh, Melaka, beliau mengancam menutup akhbar yang melaporkan ucapannya.

Bersama beberapa calon MT, Zahid tampil dalam program kerajaan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka.

zahid hamidi malacca melaka 061011Berdasarkan kain rentang di pentas, acara tersebut "Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat" mempunyai jata kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Melaka.

Tiada logo parti kelihatan. Tetapi dalam ucapan Zahid, jelas seperti ditujukan kepada perwakilan Umno. Malaysiakini memperoleh rakaman 20 minit acara itu.

Ucapannya antaranya menyebut peranannya dalam pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959, atau apa yang disebutnya sebagai "undang-undang saya".

Selepas tersedar bahawa terhadap wartawan dalam bilik itu dan mengarahkannya tidak melaporkan berhubung program itu.

"Jangan tulis apa-apa," katanya.