Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 3, 2013

Perkasa Dan Sungguh Kebal Taib Mahmud!

Rabu, 02 Oktober 2013 20:38
Polis TIDAK siasat dakwaan RM2.1 BILION milik anak Taib



KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri hari ini memaklumkan bahawa pihak polis tidak menjalankan siasatan terhadap anak Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib yang didakwa mempunyai kira-kira AS$700 juta (lebih RM2 billion) dalam akaunnya.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut), menteri berkata, ia kerana tiada laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan dakwaan itu untuk pihak polis menjustifikasikannya bagi menjalankan siasatan.

"Pihak polis juga tidak mempunyai pengetahuan sama ada dakwaan ini disiasat oleh pihak lain," kenyataan itu dipetik.

Sebelum ini, bekas isteri Abu Bekir, Shahnaz A. Majid memberitahu Mahkamah Syariah Kuala Lumpur wang dengan jumlah tersebut disimpan di bank serata dunia termasuk Switzerland dan Luxembourg.

Beliau berkata, beliau tidak ingat di mana akaun berkenaan secara spesifik namun memberitahu jumlahnya AS$700 juta dalam akaun Abu Bekir.

Shahnaz memberi keterangan di mahkamah berhubung permohonan pampasannya RM300 juta dan RM100 juta mutaah dalam permohonan penceraian mereka.

Shahnaz, 50, turut mendakwa Abu Bekir memiliki 150 buah syarikat dan pemegang saham dalam 21 syarikat tersebut dan memiliki RM1 bilion pegangan saham.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa