Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 3, 2013

Santai: Al Qadry Yang Comel.....

Saja aku upload kisah dan gambar dia
sebab aku nampak dia comel dan nama keluarganya pun cantik
Tetapi hakikat tuan kepada namanya itu entahlah....
Aku pun tak pernah kenal dia dan tak pernah dengar lagunya

Setiap tahun ada single baru
Oleh Nor Akmar Samudin
Bukan alasan sudah tak laku sehingga penyanyi lagu Langit Ketujuh, 
Sharifah Zarina Wan Hassan, 32, mahu menukar nama kepada 
Zarina Al Qadry  tetapi dia sekadar ...
Bukan alasan sudah tak laku sehingga penyanyi lagu Langit Ketujuh, Sharifah Zarina Wan Hassan, 32, mahu menukar nama kepada Zarina Al Qadry tetapi dia sekadar mahu memberi nafas baru kepada perjalanan kerjaya seninya.
Pada awalnya dia menukar namanya untuk suka-suka saja apabila melihat adik-adiknya menggunakan nama keturunan keluarga mereka selepas nama sebenar dalam Facebook (Fb). Semua di hujung nama mereka ada Al Qadry. 
“Keluarga yang berasal daripada Syed atau Sharifah ada nama keturunan masing-masing di mana salah silah keluarga saya berketurunan Al Qadry. Tertarik melihat penghujung nama adik-adik saya dalam Fb semuanya tertulis Al Qadry lalu saya ikut sama. 

“Saya beritahu suami hasrat menggunakan nama baru Zarina Al Qadry dan dia kata cuba sajalah. Mana tahu boleh membuka jalan yang lebih luas dalam lapangan seni suara. Dengan keizinannya saya kini menggunakan nama baru itu dan nampaknya mendapat respons yang baik daripada peminat, apatah lagi saya sedang mempromosikan single terbaru, Mengharap Cinta.
“Lagu itu dimuatkan di YouTube dan sudahpun dimainkan di corong radio. Ada pendengar yang kata siapa penyanyi ini, adakah artis baru tetapi suaranya seperti biasa didengar. Mereka mencari siapakah ‘artis itu’ dan kemudian barulah mereka tahu ia adalah saya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa