Penghargaan yang dicurahkan kepada tokoh berjasa adalah sesuatu yang lazim, apatah lagi bagi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan suka berseloroh. Namun, apabila mereka yang diketahui memusuhi beliau juga memberi pujian, timbul rasa pelik dan mual. Sepanjang menjadi Menteri Besar (MB) Kedah mulai 9 Mac 2008, musuh beliau tidak henti-henti menghentam peribadinya, memburukkan nama dan mensabotaj tugasnya. Beberapa kali mereka berkonspirasi untuk menjatuhkan beliau, namun tidak berjaya.
Beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai MB, Azizan memberitahu rakyat untuk ‘kalih’ kerajaan negeri yang diterajui PAS jika ia tidak bagus. Tapi tidak dijangka beliau bahawa yang beriya-iya menukarkannya ialah pemimpin PAS Kedah sendiri, yang berasakan Azizan tidak berkesan kerana terbabit dengan pelbagai kontroversi dan selalu uzur. Kumpulan yang sering berkomplot ini juga tidak gemar dengan sikap Azizan yang tidak bermusuh dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN).
Mempertahankan dirinya, Azizan menegaskan: “Budaya orang Kedah cukup terbuka. Suka bergurau, suka berkawan. Ini jugalah yang berkembang di antara Umno dan PAS. Masa kita jadi pembangkang, kita baik dengan Umno. Mereka pun baik dengan kita. Sekarang kita jadi kerajaan pun, kita baik dengan mereka. Biar rakyat terima realiti ini sebagai satu proses demokrasi. Dalam Islam pun ada. Kalau perlu, kita boleh bekerjasama dengan Umno. Saya tahu mereka juga ada yang berpendidikan tinggi dan bersikap terbuka.”
Bagi ahli PAS yang menganggap Umno seteru, pendirian Azizan tidak boleh diterima. Kata Ahmad Lutfi Othman yang mengenali Azizan: “Stylenya low profile, tidak sensasi macam Datuk Nik Aziz Nik Mat. Azizan tidak suka pertembungan dan gemar jauhi konflik apabila berdepan Kerajaan Pusat. Hubungan baiknya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) mengundang pelbagai tafsiran. Azizan tidak jadikan pemerintahan BN terdahulu sebagai sasaran. Sikap hati-hati dan toleransi menyebabkan ahli PAS tidak puas hati.”Bersikap rendah diri
Pemimpin PAS Kedah yang tidak puas hati bercampur keinginan memenuhi cita-cita politik peribadi turut memperbesarkan kelemahan Azizan dan pentadbirannya. Ini termasuk isu pencerobohan hutan di Baling, Kubang Pasu dan Tasik Pedu, pelesenan pusat hiburan dan masalah kewangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta kebajikan pensyarah dan pelajarnya. Isu pembelian 500,000 saham Felda Global Ventures oleh kerajaan negeri, ahli PAS kutuk Azizan sebagai kabur, keliru dan kosong. Dalam kes kenaikan tarif air pula, mereka sanggup mengadakan demonstrasi dan protes di depan pejabat Menteri Besar.
Turut memainkan peranan ialah lidah rasmi PAS, Harakah yang melaporkan kenyataan Azizan bahawa Datuk Seri Hadi Awang tidak ada locus standi untuk campur tangan dalam soal KUIN. Azizan menuduh Harakah cuba melaga-lagakan beliau dengan Presiden PAS. “Harakah faham tak apa itu locus standi? Ia bermaksud keupayaan untuk bertindak dalam konteks undang-undang. Dalam kes KUIN ini, hanya pengurusannya yang ada locus standi. Bukan pihak lain, termasuk Hadi.”
PAS Perlis juga menyerang beliau secara terbuka. Azizan mengibaratkan perbuatan ini seperti pukul kepala beruk. “Lepas dia hentam, dia gosok. Orang kalau nak sekeh kepala beruk ini, dia gosok dulu. Gosok sampai beruk pejam mata baru dia bagi sekeh, lepas tu dia gosok balik.” Dalam berseloroh, Azizan memberi amaran kerajaan Kedah akan ‘mengambil balik’ Perlis jika serangan sebegini berterusan kerana Indera Kayangan dahulunya milik Kedah.
Ditempelak sertai program BN
Kemuncak kemarahan dan penentangan pemimpin PAS Kedah terhadap Azizan apabila terbongkarnya usaha mengguling beliau, sekurang-kurangnya dua tiga kali dalam tempoh lima tahun termasuk ketika Azizan berada dalam hospital. Pada 3 Februari lalu, tersebar rakaman audio perbualan beberapa orang yang dipercayai pemimpin PAS Kedah mengkritik kehadiran Azizan dalam program My Beautiful Malaysia yang dilancar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta memakai baju 1M4U. Perbualan mereka mencapai kata putus untuk menjatuhkan Azizan. Namun, desas-desus sabotaj dalaman ini sebenarnya bermula sejak 2011.
PAS Pusat terpaksa campur tangan untuk meredakan kemelut politik yang sudah parah. Akhirnya, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk memantau pentadbiran kerajaan PAS Kedah dan pelaksanaan dasar di negeri itu. Ini hanyalah tindakan kosmetik kerana jawatankuasa di bawah pimpinan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman tidak berfungsi. Namun, penubuhan jawatankuasa ini sudah cukup untuk memalukan Azizan.
Azizan berkata: “Sesetengah orang tidak mahu saya berada di situ (kerusi Menteri Besar); sesetengah pula mahu saya mati.” Sekarang Azizan benar-benar sudah ke rahmatullah. Namun, Allah mentakdirkan puak PAS yang bercita-cita jadi Menteri Besar tidak juga berjaya. Kemelut yang berlarutan sehingga membabitkan pentadbiran kerajaan bukan saja melemahkan kedudukan Azizan, malah meranapkan PAS negeri. Akibatnya, PAS Kedah tumbang dalam pilihan raya umum Mei lalu. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. – bharian.com.my, 7 Oktober, 2013
Padan muka "C Mei mei" yg nak sangat Allayarham jatoh ketika jadi MB dulu turut sama rebah dgn bungkus nya PAS Kedah.
ReplyDeleteDah lah muka tak semenggah...perangai pulak buruk...
Sekarang apa yang PAS kedah boleh buat?
Hanya sekadar meratapi kesalan yg tak sudah utk menunggu 20 tahun lagi kut mungkin bolh berkuasa balik....
Kesian...
Budaya puji setelah mati adalah bagai kuku dengan kulit dikalangan orang Melayu.
ReplyDeleteMasa hidup serba tak kena.....
Lembik, tak berpendirian, suka lakukan pentadbiran ikut hati sendiri, tak dengar pendapat dan teguran dan 1001 keji hamun, terutama dari lawan dan MENYEDIHKAN SANGAT dari kalangan sendiri termasuk beberapa w.s.c. (What so call) exco yang rasa dia boleh lakukan ayang lebih baik.
Kini bila diajemput Allah, tersengeh-sengeh kalangan ini memuji Allahyarham denganpenuh kemunafikan (hypocracy).
Kini di kalanagan PKR juga ada malauan seperti ini, mengidam MB, President dan kalau boleh dia nak semua kerana timpa perasan..... Rasa sendirilah yang makan cili.