Published: Isnin Oktober 7, 2013 MYT 9:59:00 PM
Updated: Isnin Oktober 7, 2013 MYT 10:03:25 PM
Zahid Hamidi Dibidas Berhubung Dakwaan Kenyataan "Tembak Dahulu", Gangster Sebagai "Kawan"
PETALING JAYA: Beberapa peguam membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana komennya yang didakwa bahawa anggota gangster akan "ditembak dahulu" sekiranya bukti diperoleh serta dakwaan bahawa sekumpulan gangster adalah "kawan".
Mereka memberi komen terhadap rakaman yang dimuat naik di sebuah portal berita yang memetik Zahid sebagai berkata "I think the best way is that we no longer compromise with them (gangsters). There is no need to give them any more warning. If we get the evidence, we shoot first. (Saya fikir jalan terbaik adalah kita tidak perlu lagi berkompromi dengan mereka (gangster). Tidak perlu memberikan amaran lagi kepada mereka. Jika kita dapat bukti, kita tembak dahulu)."
Dalam klip video yang dirakam di sebuah majlis taklimat keselamatan di Melaka pada Sabtu, beliau turut didakwa berkata bahawa kumpulan penjenayah Tiga Line, yang disenaraihitamkan oleh polis dalam pertubuhan haram adalah "kawan-kawan".
Peguam hak asasi manusia, Edmund Bon berkata, dakwaan kenyataan Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertangungjawab terhadap undang-undang dan perintah "tidak sesuai dalam sebuah negara yang bertamadun".
"Ia anti-hak asasi manusia. Jika polis menembak semua suspek, kemudian ia akan meruntuhkan peraturan undang-undang dan tuntutan sistem keadilan bagi jenayah di negara ini," kata Bon.
Beliau menambah, penggunaan pistol dan menembak suspek sepatutnya digunakan sebagai mempertahankan diri dan jalan terakhir apabila tiada peluang memberkas mereka.
Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya menyifatkan dakwaan kenyataan Zahid sebagai "benar-benar menyalahi undang-undang".
"Dengan tembakan oleh pihak polis, ia seolah-olah memperlihatkan terdapat polisi yang tidak bertulis bahawa "tembak untuk bunuh". Apa yang dikatakan Zahid begitu membimbangkan kita," katanya.
Beliau menggesa supaya satu siasatan segera dilakukan terhadap dakwaan kenyataan Zahid yang dilihat sebagai sokongan secara terbuka terhadap tindakan menembak tanpa sebarang dakwaan atau prosedur operasi standard (SOP) dengan "membunuh".
"Tiada undang-undang yang membenarkan orang untuk menembak orang lain hanya kerana (kononnya) mempunyai bukti. Daripada menembak suspek, sepatutnya menahan mereka dan mendakwa mereka," tambahnya.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mempertahankan bahawa tiada undang-undang "tembak untuk membunuh' diluluskan di Malaysia.
gangster di tembak, penyamun ,makan rasuah dan tak amanah apa macam?Tengok kes audit baru ini, dah berlaku banyak tahun, mengapa pinipu ini tak di tembak mampus menghisap darah rakyat.Setiap pembelian untuk kerajaan harga terlampau jangkaun kita.Jadi selagi ada rasuah selagi itu gangsterism bermaharajalela.Jangan berlakon jadi baik check menteri ,menteri samada sekarang atau dulu dan pegawai pegawai kerjaaan kalau setakat gaji tak mampu hidup mewah yang amat keterlaluan tetapi selalu promosikan wasatiyah. Ini lah gulongan disebutkan MUNAFIK dan ia nya lebih bahaya dari gangster kerna boleh lingkupkan negara. Bertaubat lah kepada semua MUNAFIK yang telah minipu selama ini agar Allah kurnia kan takwa agar untung di akhirat.Walaupun sesen duit rakyat kau curi, bagaimana nak jawab di hadapan Allah
ReplyDeleteMenymapahnya tengok muka ni.....
ReplyDeleteDia rasa besar sangat jadi menteri, ugut sana, ugut sini, tunjuk sana, tunjal sini....
Chis kau semoga Allah pendekkan jari mu dan lidah kamu seupaya hilang sombong bongkak mu.....
Tak ada langsung ciri pemimpin Islam...... Chis chis chis
ini menteri pun bunyi aja macam samseng,tapi tahap pondan tua,,,,
ReplyDeleteHidup zahid. Kasi abis barua pkm....
ReplyDeleteSaya menyokong pendapat ini, Semut hitam atas batu hitam waktu malam, Zaman ni bukan mcm zaman Hang Tuah dulu bro kena tunjuk kuat dia punya kudrat,mana ada mahkluk di dunia ni hendak dikurung,dikawal bro tp mahu hidup senang dgn jln mudah ini lah dia berkongsi lakukan kegiatan dlm gelap hak kau hak aku, jika kita minum teh tarik janganlah nak bercakap tentang keenakan kopi yop..semua hidup 1kali yop...Syabas Datuk Seri KDN tiada KDN yg selantang dan seagresif u.baru layak di gelar Abang Pacak yg tak akan goyang bila bertindak,:BORAGAS
ReplyDeleteSaya menyokong penuh pendapat Datuk Seri KDN disyaki munasabah bohh terus, baru layak digelar ABG PACAK bertindak tak GOYANG. Mana ada mahkluk di dunia ni hendak dikurung dan di kongkong..Mereka tu semut hitam atas batu hitam waktu malam. Ni bukan zaman Hang Tuah siapa kuat dia punya kurdrat tp berdirilah di atas kaki sndiri,usaha sndiri jgn hak org jadi hak sndiri, semua hidup 1kali je, Sbb tu tiada KDN yg selantang dan seagresif mike sblm ni yopp..kita yg telah berjanji tunaikn janji itu.. - :BORAGAS XNV
ReplyDelete