Harapkan SPRM buat siasatan dengan adil dan saksama tanpa melihat pada warna bulu!
Published: Isnin Oktober 7, 2013 MYT 10:03:00 PM
Updated: Ahad Oktober 6, 2013 MYT 11:47:44 PM
SPRM Buka 15 Kertas Siasatan Berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2012
PETALING JAYA: Sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan laporan yang dikeluarkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata SPRM akan meneliti secara serius kelemahan yang didedahkan oleh laporan itu.
"Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab SPRM untuk menyiasat kes rasuah, salah guna kuasa dan penyalah gunaan dana yang diketengahkan dalam laporan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mustafar berkata SPRM telah menubuhkan satu pasukan khas dengan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan siasatan lanjut mengenainya.
"SPRM, akan mengetuai pasukan ini, kita akan mengumumkan hasil dapatan, pelan tindakan serta tindakan selanjutnya yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pemalsuan," katanya.
Berhubung penubuhan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Mustafar berkata ia merupakan langkah yang bermakna dan usaha yang proaktif bagi membolehkan isu yang bangkitkan dalam laporan tersebut tidak berulang kembali.
"Pada masa yang sama, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuai dan gagal mematuhi undang-undang," katanya.
Beliau berkata selain daripada menjalankan siasatan, SPRM juga akan mengadakan perbincangan dengan jabatan terlibat untuk mendapatkan maklumat, bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sedang dijalankan.
Sejak Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebanyak dua kes telah di bawa ke mahkamah sementara lima pegawai kerajaan dikenakan tindakan disiplin.
Laporan Ketua Audit Negara telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Syabas! Kita tunggu dan lihat akan taring SPRM terhadap penjawat awam. Macam mana pulak dengan Pak Menteri?
ReplyDeleteSYABAS semoga tindak SPRM kali ini lebih telus dan berintegriti, jangan lupa Menteri dan Timbalan Menteri ya....
ReplyDeleteAda news temph hari mengenai siasatan SPRM terhadap pembelian apartment oleh felda di London bernilai rm500 million oleh felda. Apa hasil siasatan? Mengapa bila nak siasat ada press & kenapa lepas siasat tak de press? Kenapa felda beli begitu mahal & bayar cash? kenapa isa Samad bawak org parti & org tertentu ke London semasa acara ambik aleh apartment baru2 ni? Ada friendly broker?...wahai SPRM...., tolong2222 la siasat
ReplyDeleteSelagi SPRM tak ada ahli ahli penel pembangkang selagi itu rasuah negara ini tak habis.Cuba lantik DSAI jadi ketua dan Rafizi timbalannya baru berasap anasir anasir penerima rasuah ini.Ini lantik bekas bekas pegawai kerajaan yang tahu atau pun ada yang dah terlibat secara tak sedar, bolehkah mereka dipercayai?Selagi SPRM tak bebas selagi itu rasuah bermaharajalela.Mereka macam tak takut Allah, hanya hukum hudud Allah dapat mengatasi gejala rasuah.
ReplyDelete