Kenapa marahnya begitu sekali kepada Wartawan dan akhbar?
Lagi amaran Zahid pada wartawan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghalang sekumpulan wartawan dari melaporkan kenyataannya berhubung perbincangan dalam satu forum tertutup mengenai isu keselamatan.
Laporan Oriental Daily menyebut, Ahmad Zahid membuat satu kenyataan “sensitif” dalam forum berkenaan dan memberi amaran kepada petugaas media terbabit untuk tidak membuat laporan.
Beliau didakwa memberi amaran bahawa syarikat akhbar terbabit boleh ditutup sekiranya melaporkan perkara itu, lapor akhbar berbahasa Cina tersebut.
Laporan itu menyebut, menteri berkenaan bertindak demikian selepas menyedari kehadiran beberapa orang wartawan di kalangan hadirin.
Ahmad Zahid seterusnya dilaporkan “menjemput” para wartawan tersebut untuk meninggalkan acara tersebut.
Menurut laporan itu lagi, Ahmad Zahid pada awalnya memperkenalkan beberapa orang calon yang akan bertanding dalam pemilihan Umno, dan didakwa menyebut kenyataan “sensitif” tersebut.
Oriental Daily bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas perkara yang disifatkan “sensitif” itu, dan tidak menamakan organisasi yang diwakili wartawan tersebut.
Ketika Ahmad Zahid berucap, seorang pemimpin Umno Melaka dilaporkan menyedari kehadiran wartawan tersebut, yang kemudiannya mengarahkan beberapa orang individu untuk meminta petugas media tersebut beredar.
Dilaporkan, Ahmad Zahid menyedari perkara itu apabila seorang setiausahanya yang berada di satu meja bersama petugas media tersebut sedang membantu para wartawan terbabit.
Menteri tersebut kemudiannya memberi amaran bahawa ia merupakan acara tertutup dan melarang kesemua media dalam apa jua bahasa daripada menerbitkan kandungan forum tersebut.
Beliau juga dilaporkan memberi amaran bahawa akhbar terbabit boleh ditutup jika tidak mengikut larangan tersebut.
Para hadirin tersebut seterusnya dilaporkan melaungkan ejekan selepas Ahmad Zahid memberi amaran tersebut, yang memaksa para wartawan tersebut keluar, lapor Oriental Daily lagi.
Para penganjur tersebut kemudiannya dilaporkan cuba menjelaskan kepada wartawan tersebut bahawa ia hanyalah satu “salah faham”.
Menteri dalam negeri pada hari Jumaat lalu membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut. [Lihat video]

Ya Allah,
ReplyDeleteAku mohon keampunan mu dibulan mulia ZulHijjah ini dandihari Isnin yang sunat untk berpuasa.... Melawan hawa nafsu....
AKU TERPAKSA LAFASKAN KATA-KATA INI. SESUNGGUHNYA ZAHID INI MENJADI ORANG YANG AKU AMAT-AMAT BENCI MELIHAT WAJAHNYA... MENDENGAR TUTUR KATANYA DAN GAYANYA SAMSENGNYA TIDAK MENYERLAHKAN KEPIMPINAN ISLAM atau sekurangnya MELAYU.
Berilah ia kesedaran, hidayah dan petunjuk untuk lebih bertqwa.