Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 10, 2013

Tragis: Bayi maut digilis kereta Ibunya

Tak tahulah kenapa aku selalu terbayang tentang apa aku tahu terjadi
Inilah menjadikan hatiku tersentuh....

Bayi maut digilis kereta
Oleh Helmy Abd Rahman dan Khairul Hamizy Ramlee
KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah hampir pengsan sejurus menyedari bayinya yang berusia 10 bulan digilis kereta yang dipandunya ketika dia mengundurkan kenderaan itu di kawasan parkir rumahnya di Kampung Bukit Besar di sini, pagi tadi.
Kejadian jam 7.15 pagi itu berlaku ketika Faziah Yusuf, 35, mengundurkan Proton Exora di depan pintu rumah untuk membuat pusingan menuju ke luar bagi menghantar empat anaknya ke sekolah.
Difahamkan, bayi terbabit, Muhammad Faqih Mohd Fitri sebelum itu berada di dalam rumah, tetapi merangkak keluar di depan pintu dan menuju belakang kereta tanpa disedari Faziah yang terus mengundurkan kereta sehingga menggilis anak bongsunya.
Faziah hanya menyedari tragedi itu apabila jirannya mengetuk cermin tingkap kereta dan dia kemudian bergegas keluar untuk melihat keadaan bayi berkenaan.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, tetapi disahkan meninggal dunia jam 7.30 pagi.

1 comment:

  1. kejadian sebegini bukanah kali pertama..namun setiap kali berlaku,terasa begitu pilu sekali..sesungguhnya kita telah sedaya upaya berhati-hati,namun janji Allah itu tepat dann tidak miss walau sesaat pun..semoga tabah menerimam dugaan ALLAH INI..BERSABARLAH..saya simpati,sedih dan kesian sangat...takpa lah,anak itu akan tunggu mak ayah dia kat sana besok..Ahli syurga..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa