mk - 2:45PM - 18 Nov 2014
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan polisi pendidikan negara yang bersifat populis membentuk jurang perkauman yang luas dan kekayaan antara pelajar sekolah.
Walau semua cucunya kini belajar di sekolah antarabangsa dan melanjutkan pelajaran ke luar negara, Dr Mahathir berkata anak-anaknya pula pergi ke sekolah kebangsaan.
"Mereka (cucunya) bercakap dalam bahasa kebangsaan tetapi jenis persekolahan mereka meluaskan jurang antara bangsa, begitu juga antara yang miskin dan kaya," katanya.
Dr Mahathir mengaitkan sewaktu negara mahu menukar semua sekolah ke sekolah kebangsaan dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan, anak-anak daripada budaya yang berbeza mengenali dan rapat antara satu sama lain.
Bagaimanapun, katanya, selepas bantahan daripada komuniti Cina, mendorong kerajaan membuat "keputusan bersifat politik" dengan membenarkan sekolah vernakular diwujudkan.
Mahathir Tun sudah sedar dari kesilapan dahulu,
ReplyDeleteMat Mongol mengira jumlah pampasan sebelum pencen , dengan pangkat Tun Mongol mereka dua dua kira duit di Cayman Island ber sama kain kapan emas.
Mana nak sama Firaoun Firaoun Mesir dengan Mslaysia.....????
Okay lah ; Firaoun Mslaysia bahalol sikit.