Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 18, 2014

Laporan Terlepas Pandang: Aik.....Tak Tau Anak Sape Pulak?

Identiti bapa kepada anak Muhdalena belum dikenal pasti

Azyyati Ahmad,Astro Awani 

Identiti bapa kepada anak Muhdalena belum dikenal pasti
Muhdalena sebelum ini merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi dan menjalani rawatan sakit jiwa sejak Jun sebelum dimasukkan ke HSA - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Siapa bapa kepada anak Muhdalena Ahmad, wanita amuk yang melarikan diri daripada tahanan polis di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Khamis masih menjadi tanda tanya ramai.

Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub memaklumkan kepada akhbar Malay Mail bahawa maklumat siapa bapa bayi tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

“Kita tidak dapat membuat apa-apa pengesahan setakat ini kerana keadaan mental Muhdalena,” katanya kepada Malay Mail.

Kata Dr Mohd Khairi lagi, bayi lelaki Muhdalena telah diberi rawatan di HSA sebelum ditempatkan di pusat kebajikan.

Muhdalena, 30, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas dimasukkan ke HSA pada Ahad lalu kerana bersalin, namun didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi.

Dia kemudiannya telah ditemui semula kurang daripada 24 jam dan ditahan di Kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka pada jam 3.05 pagi Jumaat.

Muhdalena sebelum ini merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi dan menjalani rawatan sakit jiwa sejak Jun sebelum dimasukkan ke HSA.

Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.

Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan.

2 comments:

  1. Salam Mountdweller

    Yong simpati padanya.

    Kejahilan memang merbahaya.

    ReplyDelete
  2. W'salam Yong

    Memang kita patut simpati kerana kurang pengetahuan agama dia tertipu dengan ajaran yang pelik-pelik. Sekarang dia diistiharkan menghidapi masalah mental pulak.

    Dia ada suami, takkan suaminya tidak tahu anak siapa yang dikandungnya!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa