Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 18, 2014

Ini Baru Gentleman!

Kesian kat Mad Maslan ni, dia duduk di kerusi yang sakit kepala
Berani tanak ikut kemahuan boss dan bini?
Namun begitu pada aku manusia yang sanggup mohon maaf dan mengaku kesilapan adalah manusia yang berani

Ahmad Maslan mohon maaf kepada Dewan Rakyat berhubung 1MDB
Published: 18 November 2014
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini membuat permohonan maaf kepada sidang Dewan Rakyat kerana kenyataan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kekurangan enam perkataan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 November, 2014.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini membuat permohonan maaf kepada sidang Dewan Rakyat kerana kenyataan yang dikeluarkannya pada 6 November lalu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kekurangan enam perkataan.
Ekoran kenyataan yang dikeluarkan beliau ketika itu, Ahli Parlimen Pandan (PKR) Rafizi Ramli kemudiannya mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat untuk membawa Ahmad kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa beliau mengelirukan Dewan.
"Saya dengan ini memohon maaf kepada Dewan dan menambah enam perkataan itu 'tidak ada surat jaminan lain semua'," kata Ahmad ketika membetulkan kenyataan asalnya.
Hansard Parlimen pada 6 November menunjukkan Ahmad hanya menyebut "tidak ada surat apa semua", apabila menjawab pertanyaan daripada Petaling Jaya Utara (DAP) Tony Pua berhubung sama ada wujudnya surat sokongan daripada kerajaan untuk hutang 1MDB.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya membuat keputusan Ahmad tidak perlu dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan memandangkan ahli Parlimen Pontian itu tidak berniat untuk mengelirukan Dewan.
"Mengambil kira semua ini, tidak payah dibahas dan dirujuk mana-mana kerana beliau tidak berniat sama sekali mengelirukan Dewan.
"Saya harap perkara ini selesai kerana tiada niat mengelirukan Dewan," kata Pandikar ketika membuat keputusan tersebut.
Rafizi dan Ahmad sebelum itu diberi peluang mengemukakan hujah masing-masing berhubung perkara itu di dalam Dewan Rakyat.
"Saya menerima kekhilafan atas tertinggalnya enam perkataan tersebut yang menyebabkan salah faham. Saya tidak ada sebarang niat untuk mengelirukan Dewan," kata Ahmad.
"Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang lemah itu daripada hambaNya."
Kenyataan daripada Ahmad itu kemudiannya disambut Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad, yang turut menerima keputusan Pandikar.
"Mengelirukan tanpa niat sama seperti membunuh tanpa niat," kata Mahfuz.
"Bagi saya, sekiranya kesilapan itu berlaku sekali, beliau tidak sebut apa yang sepatutnya disebut, saya boleh terima. tetapi bagi diri saya, sangsi dengan niat sebenar timbalan menteri," kata Khalid.
Rafizi pada sidang medianya kemudian merakamkan penghargaan kepada Pandikar kerana memberi peluang untuk isu berkennaan dibincangkan di dalam Dewan Rakyat.
"Beliau (Ahmad) minta maaf pun saya merasakan kemenangan besar bagi rakyat. Menteri diharapkan berhati-hati ini selepas ini ketika memberikan kenyataan di Parlimen," kata Rafizi. – 18 November, 2014.

5 comments:

  1. Abe

    Mat Maslan bukan g3ntleman. Dia kaki putar belit. Selagi dia boleh putar, dia akan putar dan membelit semua orang.

    Dalam isu 1MDB ini dia sudah terlebih putar dan berhadapan dengan tindakan parlimen. Dalam sejarah parlimen belum ada lagi menteri dan Timbalan menteri dihadapkan ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlim3n serta didapati bersalah.

    Jika mana-mana menteri atau timbalan menteri didapati bersalah ol3h jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen, dia k3hilangan intergriti untuk terus memegang jawatannya. Biasanya dia kena letak jawatan kerana menjatuhkan kredibiliti kerajaan.

    Secara peribadi, Mat Maslan minta maaf ( bukan ikhlas pun) kerana sayangkan imbuhan gaji dan keistimewaan sebagai timbalan menteri.

    Betul kata YB Khalid Samad. Mat Maslan dah terlebih putar belit sehingga terbelit dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  2. Abe

    Satu trend yang kita perhatikan bahawa kerajaan perlu berhati-hati dalam tindakannya. Zaman beraja dihati dan bersultan dimata sudah berakhir. MP-MP muda dari PKR dan DAP.( sengaja tak sebut PR) telah menunjukkan kemampuan membongkar dan membentang segala penhelewengan dan silapmata kerajaan dengan begitu profesional dan cekap. Mereka mempunyai pe getahuan yang mendalam dalam isu-isu teknikal dalam pengurusan kewangan dan bidang-bidang lain.

    MP-MP muda ini menjadi aset penting kepada parti mereka dan kepada rakyat. Selain isu 1MDB, mereka sedang membongkar beberapa permainan silap mata kerajaan Najib yang melibatkan berpuluh billion wang negara. Terbaru MP Ong Kiang Meng sedang membongkar isu PFI Sdn. Bhd, anak syarikat Kementerian Kewangan yang melibatkan dana ramyat sebanyak RM 29.3 billion.

    Dalam keghairahan MP-MP muda PKR dan DAP membongkar penyelewengan mega yang dilakukan oleh kerajaan Najib, dimanakah MP-MP muda PAS seperti Nik Abduh, Tantawi Vellfire, Dr Arman Razali At takiri? Yang saya masih ingat perkara yang paling besar yang ditangani oleh At takiri - ialah mengetuai DUPP menyokong Perkasa menghantar memorendum menbantah pesta arak Octoberfest 2014 lalu je.....bila kerajaan negeri melaka anjur benda yang sama, At takiri dok diam macam tikus je...

    Apa yang .MP- MP muda PAS paling cemerlang ialah apabila mereka bukak mulut, mereka hanya menyerang parti rakan dalam PR je. Parti UMNO sedikit pun mereka xberani usik!

    ReplyDelete
  3. bat8

    Walau terbelit dia terpaksa jawab. Kira oklah tu.

    Ha....abe baru nak tanya ke mana MP-MP muda PAS yang garang di fb dan riuh di luar gelanggang tu?

    ReplyDelete
  4. Mad Maslan ini kaya lah.... Buat bahalol sikit tapi bentley continental GT buat mainan saja....

    Jutaan orang orang Melayu makan kangkong saja.

    Ini kira Mad Maslan bijak lah ber banding jutaan kerbau yang lain.

    ReplyDelete
  5. PAS ini sama sahaja dari Tuang Presideng sampai ke pemuda UG-nya, mereka ini golongan "orang sakit" yang diberi sedikit kuasa politik di dalam negara ini. Kebelakangan ini sikap mereka seperti Perkasa pula yang menjadi suara UMNO untuk menindas rakyat dan bukannya membela nasib rakyat. Kalau dilihat dan diamati betul-betul, PAS hanya bangga kerana "lama" berpolitik tetapi tiada nilai atau value kepada rakyat malah menjadi "kutu babi" pula kepada rakyat. Patutlah golongan muda yang cerdik kini tidak cenderung kepada PAS melainkan mereka yang masih berfahaman konservatif yang masih menyokong bermati-matian pemimpin utama mereka di dalam PAS walaupun dilihat sedang "mereput" dek perbuatan khianat terhadap parti dan rakyat. Patutlah PAS ini hanya boleh berbangga yang parti mereka wujud melebihi setengah abad tetapi masih di paras tapak kaki UMNO oleh sebab tidak bijak berpolitik dan jauh ketinggalan zaman. Bagaimana rakyat mahu memberi keyakinan kepada golongan ini bagi melaksanakan Hudud sekiranya perkara-perkara kecil dan hanya melibatkan perbincangan dan mesyuarah pun PAS sudah tidak ketahuan, berbalah dan cacamarba? Patutlah pernah seorang pemimpin atasan UMNO mensyorkan supaya setiap PAS membuang perkataan "Islam" kerana boleh mengelirukan rakyat sekiranya PAS bertindak luar dari norma-norma Islam (sekarang dah terbukti kan?). Rasanya inilah petunjuk Allah SWT kepada umat Islam di negara ini sekiranya tidak ikhlas dan bersifat hipokrit dalam memperjuangkan Islam di mukabumi ciptaan Allah SWT ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa