Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 8, 2014

Mustafa Masih Gagal Fahami Isu Pokok Tapi Nak Bincang 'Direct' Tu Cukup Bagus

Mesyuarat PR: Mustafa sedia bincang 'direct' dengan DAP
NAZRI ABDULLAH.

KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan kenyataan balas Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, berhubung isu ketidakhadiran Presiden PAS dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan, lari dari premis asal.

Menurut beliau, Loke bukan sahaja mengubah premis asal, tetapi juga telah membuka kepada satu dimensi baharu yang menjurus kepada soal dalaman parti dan antara parti.

"Malah beliau (Loke) telah membuat olahan tentang PAS secara tidak berhemat dan tidak tepat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mustafa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban semalam, yang kesal dengan pendirian beliau kerana menganggap ketidakhadiran Presiden PAS ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, sebagai perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, Pakatan Rakyat yang bermula sejak 2008 sehingga sekarang, sudah berpuluh kali mengadakan mesyuarat yang kadang kala tidak dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan telah membuat pelbagai keputusan.

Sepanjang tempoh itu juga katanya, segala keputusan yang dibuat, berjalan dengan baik tanpa menjejaskan perjalanan Pakatan Rakyat.

"Tetapi kenapa soal ketidakhadiran ini dibangkit dan diperbesar sekarang?" soal beliau.

Mustafa bagaimanapun berkata, beliau tidak berminat untuk memanjangkan polemik isu itu secara terbuka apatah lagi ia membabitkan soal dalaman parti dan antara parti, kerana ia tidak mendatangkan kebaikan kepada Pakatan Rakyat.

"Walau bagaimanapun, tidak jadi masalah kepada saya untuk bincang secara direct dengan beliau (Loke) dan mana-mana pimpinan DAP yang lain sebagaimana berlaku sebelum ini, sama ada soal dalaman parti atau antara parti, untuk kebaikan Pakatan Rakyat," katanya.

Berkaitan sebelumnyaDAP selar kenyataan Mustafa Ali

4 comments:

  1. Abe

    Pokok ceritanya senang sahaja. TGHH tidak menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan tetapi menghantar wakil. Bila wakilnya yang hadir mesyuarat ters3but buat keputusan dan keputusannya dih3bahkan melalui sidang akhbar - esok harinya TGHH canggah. Itu pokok cerita dan isunya.

    Jadi siapa yang lari dari tajuk asal agak jelas jika kita pahan pkok ceritanya.

    TGHH pun satu hal. Perkara ini b7kan be4laku sekali dua. Acapkali. Jadi jika tak berpuashati dengan wakil sendiri, lain kali hadiri sendiri.

    Alte4natifnya, bila hantar wakil, pastikan wakil t3rs3but diberitahu pendirian beliau meng3nai isu-isu yang dibincangkan. Bagi arahan yang j3las kepada wakil apa yang dia xbol3h buat keputusan sendiri, apa yang dia dibenarkan buat k3putusan. TGHH k3na j3laskan dengan j3las kepada wakil yang dihantar.

    Susah sangat ke nak buat macam tu? Logik akal. Ini bukan soal rumit seperti nak buat kapal angkasa nak pi plan3t marikh!

    Kalau b3nda mudah seperti ini pun TGHH tak bol3h buat, 3loklah TGHH letak jawatan. Nampak sangat sudah tak mampu m3njalankan tugas dan amanah s3bagai Presiden PAS.

    ReplyDelete
  2. Budak bahalol.

    Buang masa DAP saja jika meeting bebudak PAS otak tahap tadika.

    Masa itu penting , tepati masa maka tepati janji.

    Kalau masa tak di endah , janji di kira kacang saja.

    Orang orang Melayu rata rata bahalol mana ada penting kan masa , waktu kerja pun boleh balik rumah tidor.

    Teringat pulak bebudak gomen tu.

    ReplyDelete
  3. bat8

    Itulah isu pokok sebenarnya yang gagal difahami oleh SUA PAS atau saja buat-buat tak faham.

    Abe dulu pun masa belum pencen selalu juga wakili pengarah ke Mesyuarat penting peringkat negeri dengan membawa mandat boss. Walau apa pun keputusan mesyuarat yang telah dipersetujui akan diterimapakai. Tidak ada pertikaian dan veto.

    ReplyDelete
  4. Ingat tak satu ketika dulu orang tua ini memperlikih Rafizi Ramli sebagai bodoh kerana membocorkan rahsia umum yang kuncu kuncu UG mau menjadikan Tg Razali sebagai PM jika Pakatan menang PRU lalu. Nampak sangat bodohnya pemimpin Pas ini. Bila dah tak dapat sanggah tuduhan dia melatah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa