Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 7, 2014

Saifuddin Abdullah Pula Disifatkan Kaduk Naik Junjung!

Saifuddin Abdullah jangan bersikap kaduk naik junjung
 | November 7, 2014
Lebih elok Saifuddin menasihatkan Chun Wai agar berdialog dengan pakar Perlembagaan mengenai kedudukan Bahasa Cina dalam perlembagaan samada ianya bahasa ibunda atau bahasa pengantar sahaja
Datuk-Saifuddin-AbdullahPETALING JAYA: Wira PERKASA Negeri Sembilan, Mohd Firdaus Abdul Azizi menyokong keputusan Peguam Negara menyatakan tiada unsur hasutan kenyataan Presiden PERKASA dalam isu ‘bakar bible’.
Firdaus juga meminta Ketua Pegawai Eksekutif Star Publications Bhd, Datuk Seri Wong Chun Wai menghentikan sebarang kenyataan atau tulisan berbentuk provokasi dalam isu ini.
“Kita juga minta Datuk Saifuddin Abdullah jangan bersikap kaduk naik junjung hingga mengabaikan kebebasan bersuara yang melampau hingga tiada hadnya.
“Lebih elok Saifuddin menasihatkan Chun Wai agar berdialog dengan pakar Perlembagaan mengenai kedudukan Bahasa Cina dalam perlembagaan samada ianya bahasa ibunda atau bahasa pengantar sahaja,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Beliau juga mempersoalkan dengan tindakan seorang Ahli Parlimen DAP yang mengatakan sekolah agama di Malaysia juga bersifat perkauman.
“Tidakkah ini juga satu kenyataan menghasut serta perlu disiasat sekaligus dikenakan tindakan.
“Saya minta kedua-dua mereka ini tidak bersifat hipokrit dgn membuat provokasi terpilih dalam isu yang didakwa mereka sebagai menghasut,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa