Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 7, 2014

Mustafa Ali Tak Faham Isu Pokok?

Nampak sangat PAS tidak berikan komitmen sewajarnya
SUA PAS buat-buat tak faham atau saja meremehkan PR
Meremehkan PR sama saja dengan meremehkan harapan rakyat yang mengundi PR

DAP selar kenyataan Mustafa Ali

 | November 6, 2014

Kepimpinan DAP Pusat amat kecewa dengan sikap dan pandangan tersebut kerana ia bukannya isu yang remeh tetapi melibatkan kesinambungan dan survival politik Pakatan Rakyat (PR).
Loke Siew Fook 2013PETALING JAYA : DAP hari ini menyelar kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang menyifatkan isu ketidakhadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) merupakan perkara yang remeh dan tidak perlu diberi perhatian
Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Loke Siew Fook, kepimpinan DAP Pusat amat kecewa dengan sikap dan pandangan tersebut kerana ia bukannya isu yang remeh tetapi melibatkan kesinambungan dan survival politik Pakatan Rakyat (PR).
“Isu yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkenaan ketidakhadiran Presiden PAS dalam mesyuarat PR bukan sahaja isu ketidakhadiran beliau secara fizikal dalam mesyuarat tetapi yang lebih serius ialah ketidakpatuhan terhadap keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat MPPR.
“Bagaimanakah PR dapat berfungsi dengan efektif dan melangkah ke hadapan sekiranya keputusan yang telah dicapai bersama dalam mesyuarat boleh dinafikan oleh Presiden salah satu parti kompenen secara “unilateral” yang tidak hadir dalam mesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Loke berkata, sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang menggalas tanggungjawab pentadbiran yang berat, Guang Eng juga tidak dapat hadir dalam setiap mesyuarat MPPR.
Katanya, walau bagaimanapun ketidakhadiran Guan Eng dalam mesyuarat tidak pernah menimbulkan masalah kerana beliau tidak pernah mempertikaikan sebarang keputusan yang diputuskan.
“Wakil DAP dalam MPPR diberikan mandat penuh dan kepercayaan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP untuk membuat keputusan bagi pihak DAP.
“Persoalan yang utama di sini ialah adakah wakil PAS dalam MPPR diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi pihak PAS tanpa kehadirannya?,” soalnya.
Tambahnya, MPPR tidak akan dapat berfungsi sekiranya tidak ada komitmen penuh daripada setiap parti dalam PR bagi mematuhi dan berpegang kepada prinsip dan dasar bersama PR serta keputusan yang telah diputuskan.

2 comments:

  1. kepimpinan PAS rata rata bahalol dan tidak pikir panjang.

    rakyat sedar akan kelemahan jelas kepimpinan PAS dan akan tendang mereka di PRU14.

    PAS boleh jadi bahalol tetapi jangan pula rakyat terutama orang orang Melayu ikur bahalol sudah.

    ReplyDelete
  2. Presiden dan SUA wajar diturunkan dari PAS. Harapan rakyat pada PR. Jangan hancurkan harapan ini. Turun jangan tak turun. Faham?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa