Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 17, 2014

Peluru Pertama, Dari Rakan Sendiri!

Saya dah kataHudud: Kerajaan PAS Kelantan Buka Ruang Untuk Bidasan Dan Cercaan?

Malaysia tak perlu undang-undang kejam cadangan PAS Kelantan, kata Pakatan
Published: 16 November 2014
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong kecewa dengan obsesi Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan hukum hudud dan prosesnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2014.

Parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP amat kecewa dengan keputusan PAS Kelantan yang mahu meneruskan pelaksanaan hukum hudud mereka apabila mempertimbangkan penggunaan gilotin – alat yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793.
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong berkata, Malaysia tidak memerlukan undang-undang yang bersifat kejam seperti itu.
"Begitu obses dengan kaedah yang tidak berperikemanusiaan oleh Nik Amar amat mengecewakan," kata Liew, yang juga ahli Parlimen Kluang, merujuk kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
"Cadangan penggunan gilotin itu perlu dihapuskan segera," katanya.
Media hari ini melaporkan Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan dikatakan menghadapi kesukaran mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin ini menjadi pilihan.
Mohd Amar berkata mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin yang tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya, akan tetapi jawatankuasa itu masih memikirkan idea walaupun menerima reaksi negatif untuk mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah.
"Pertamanya, pakar bedah mesti bersetuju menjalankan prosedur tetapi itu mungkin akan membangkitkan kemarahan Persatuan Perubatan Malaysia kerana ia melanggar 'Hippocratic Oath' (sumpah untuk menegakkan piawaian profesional dan mengamal perubatan secara etika)," kata Mohd Amar seperti  dilaporkan Mstar Online hari ini.
Bagaimanapun, jenayah dan hukuman terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat dan bukannya kerajaan negeri.
Mohd Amar berkata alat pemenggal kepala itu lebih cepat berkesan dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk menarik tuil, dua orang memegang pesalah dan doktor untuk memastikan orang yang dihukum itu tidak mengalami sebarang kejutan dan hakim menjatuhkan hukuman itu juga perlu hadir.
"Seperti mana-mana pemerhati hak asasi manusia, saya berkempen untuk menamatkan hukuman kejam seperti rotan dan hukuman mati.
"Alasan untuk tidak lagi menggunakan undang-undang yang kejam seperti itu dijelaskan setiap masa," katanya.
"Saya gagal memahami obsesi Nik Amar, beliau boleh membantu negara dengan fokus kepada gangguan umum, bukan deskripsi grafik untuk memotong tangan tetapi mengembalikan isu keadilan," kata Liew.
Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya tidak melihat alat sebagai isu utama hudud.
"Kita mahu melihat bagaimana pelaksanaan undang-undang mengikut perintah agama masing-masing," katanya yang juga naib presiden PKR.
Ketika diminta mengulas lanjut berkenaan penggunaan gilotin itu, beliau bagaimanapun masih tidak mempunyai maklumat lengkap.
"Maklumat lanjut belum saya terima berhubung perkara itu," katanya. – 16 November, 2014

3 comments:

  1. Guna chainsaw lah lagi berkesan dan nampak lagi real (kalau nak takutkan manusia lain). Mula sekali potong tangan Nik Beduh dahulu kerana kesalahan mencuri balak dan kemudian potong konek Nik Ammar dan Ahmad Yaakob sebab khianat kepada rakyat Kelantan dengan niat nak ber-UG dengan UMNO. Ada berani?

    ReplyDelete
  2. dap should stay out of pas politics. just let them be! Hudud was passed in Tganu endorsed by the sultan but Hadi didn't enforced it. it will be the same in Kelantan. so just let pas with their hudud.

    ReplyDelete
  3. klu dah bodoh
    depa hanya nampak kes curi telor ayam
    kes2 curi basikal dan motorsikal jer

    kes, mudah2 dpt ESOS itu bukan curi?
    kes, dgn mudah rembat BALAK tu apa?
    kes, mudah2 ulangalik LONDON bgmn?
    kes, mudah2 dpt kreta mewah bgmn?

    kes, tabung MEMALI, kohilal bgmn??
    kes, spender XXXL suara clear bgmn?

    itu lah akal sibodoh..
    depa hanya tau nak POTONG org jer
    pd hal mrk lah yg WAJIB diGELOTIN terebih dahulu!?

    NOTA:
    Coba fikir2kan sblum pru 2008..
    -apa harta dan KERETA yg siAbduh siTantawi & siDin Ayam miliki/pakai?

    Coba telek2 slps ber'UG
    coba telek2 slps FITNAH pilkuda
    Coba telek2 slps KHIANAT Kota Dsara
    Coba telek2 bgmn mudah duk PRANSANG
    Coba telek2 slps menyokong TSKI

    SAKSIkan kini..
    Slps pru13 2013..dan 2014
    -waduh! waduh! bukan main MEWAH!
    -bgmn dtg DUIT dgn begitu MUDAH!!?
    -adakah lebai2 PAS pandai bisness???

    Itu lah SEBABnya Tuang Presideng "mati-matian" tak nak LEPAS jawatan!!!?


    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa