Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 16, 2014

Hudud: Kerajaan PAS Kelantan Buka Ruang Untuk Bidasan Dan Cercaan?

Maka kata-kata Mahmood Zuhdi ada kebenarannya!

Kelantan guna pemotong kuno untuk hudud?
mk - 2:00PM - 16 Nov 2014

Kerajaan Kelantan dijangka akan menggunakan gilotin bersaiz mini, alatan kuno untuk memotong anggota badan manusia, bagi pelaksanaan undang-undang hudud.

The Star melaporkan, langkah itu diambil ekoran tidak perlu menggunakan pakar bedah untuk tujuan itu.

Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri itu memilih gilotin setelah dikatakan menghadapi kesukaran mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri.

Pengerusinya, Datuk Mohd Amar dilaporkan berkata, beliau mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin yang tidak perlu dikendalikan pakar bedah.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, jawatankuasa itu masih memikirkan idea itu setelah menerima reaksi negatif untuk mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah.

"Pertamanya, pakar bedah mesti bersetuju untuk menjalankan prosedur tetapi itu mungkin akan membangkitkan kemarahan Persatuan Perubatan Malaysia kerana ia melanggar sumpah hippocrates (untuk menegakkan piawaian profesional dan beretika),” katanya.

Mohd Amar berkata, alat pemenggal itu lebih cepat memotong dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk mengendalikan tuil, dua orang memegang pesalah dan doktor.

"Saya akan membuat kajian yang menyeluruh kepada kaedah yang digunakan semasa Revolusi Perancis pada abad ke-18 apabila gilotin digunakan untuk memenggal kepala sebagai hukuman mati," beliau dipetik sebagai berkata.

Alat pemenggal yang diperkenalkan berabad-abad sebelum ini bagaimanapun telah dihapuskan atas alasan tidak berperikemanusiaan.

Ia dinamakan gilotin sempena orang yang memperkenalkannya, Dr Joseph Ignace Guillotine biarpun peralatan itu bukan ciptaannya.

Gilotin digunakan kali pertama pada 1792 di Paris ke atas perompak bersenjata Jacques Nicolas Pelletier.

Manakala orang terakhir dijatuhkan hukuman menggunakan alat ini ialah Hamida Djandoubi pada tahun 1977 yang disabitkan kesalahan membunuh. 

7 comments:

  1. Abe

    Kalau Nik Amar yang cakap saya naik risau. Kita semua kenal sgt Nik Amar ni. Semua kerja dia sentuh hancur lebur. Punah ranah. Tengok berapa banyak masaalah yang dia tinggal di YIK. Tengok pelbagai masaalah pentadbiran negeri yg timbul sekarang yang tak diselesaikan.

    letih Abe kalau Nik Amar campor tangan.

    ReplyDelete
  2. PAS ini bebetul bahalol lah.

    Ekonomi sendiri macam indon jual tepi jalan , rakyat miskin merata rata , kisah potong tangan yang nak di bisisng bising kan.

    Berapa banyak tangan nak di potong setiap hari ???

    Bahalol betul... Salah orang orang Melayu Kelantan jugak , memilih pemimpin Bahalol jadi ketua.

    Kalau potong tangan tangan boleh di jual buat kekuatan ekonomi negeri tak apa , ini nak kaya kan kontrak pisau potong tangan saja.

    Penny Wise , Pound Foolish.

    Yang penting tidak di hirau kan , yang membuang masa di agung agung kan.

    Ini lah tanda tanda manusia menmghala ke alam Jahilliyyah kerana kemiskinan adalah punca kekufuran.

    Apa kah orang orang Melayu yang rata rata malas , miskin ingin hidup mengharapkan Rasuah BR1M untuk mentedarah siang malam ?

    Lembu lembu pun tak harap BR1M.

    Kata lah dapat masok meeting G20 di Australia , nak bincang industri pootong tangan Global ke ?

    ReplyDelete
  3. S U R A T A L - M A A I D A H

    5:50. Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

    ada yang kata yakin tapi banyak pulak songeh

    ReplyDelete
  4. Coba FIKIR2kan..
    --yg buat FITNAH itu tang mana yg nak diPOTONG dgn "gilotin" biar mampos!

    --coba buat AUDIT keatas adun/exco2 Pas termasuk yg mudah2 dpt ESOS pakai BMW & miniCooper tu kat mana pulak nak diPOTONG!?

    --coba siasat habis2an pasal spender XXXXL putih, mana pulak yg WAJIB di'gilotin' biar putus!?

    sblum GILOTIN tu diguna utk hukum org AWAM lebih "afdal" sekiranya kakiFITNAH, kaki songlapESOS dan kaki rembatBALAK di-GILOTIN terlebih dulu dihadapan org ramai!?

    ReplyDelete
  5. Anon 7:37 PM

    Adakah anda faham isu yang menjadi persoalan? Anda letakkan ayat alqur'an di tempat yang salah!

    Hudud tidak dipertikaikan tetapi makanisma pelaksanaan yang menjadi pertikaian.

    Rupannya Nik Amar hidup di zaman revolusi Perancis!

    Tak adakah jalan lain di zaman ini?

    ReplyDelete
  6. bat8

    Inilah yang orang Kelantan gelarkan "Tukang Pak Munah!"

    ReplyDelete
  7. Apa maksud hukum jahiliah? Mencuri di zaman jahiliah macam mana hukumnya? Modal insan, moral dan pendidikan agama Islam pun masih timbul tenggelam, macam mana nak berhukum dengan Hudud? Semua itu kepentingan politik bagi menutup kelemahan ketara pentadbiran yang cacamarba PAS Kelantan. Perlu diingat bahawa bukan sahaja PAS Kelantan, waima PAS di mana sekalipun kebanyakkan mereka ini hanya pandai berkata-kata dan komplen itu dan ini serba tak kena, wal hal mereka sendiri pun tak berkompeten atau bersunguh-sungguh untuk melaksanakan sesuatu tugasan atau kerja yang diamanahkan (Hampir seluruh penduduk Malaysia sudah tahu - itu pasal lah kalau PAS berjuang sendiri di setiap PRU maka Kelantan sahajalah kubu mereka, itupun majoriti nyawa-nyawa ikan)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa