Kehadiran mesyuarat bukan undang-undang yang dipaksakan
Cuma kalau rasa tanak terikat, elok angkat kaki saja!
Agar tidak lagi ada yang mengharap.......
Ikut sayalah nak hadir atau tidak mesyuarat Pakatan, kata Hadi
Published: 16 November 2014 - TMI
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak perlu diminta hadir, dan terpulang kepadanya sendiri jika mahu menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2014.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membidas kembali pengkritiknya kerana tidak hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) dan mengatakan terpulang kepadanya untuk berbuat demikian.
Sebelum ini rakan komponen PR seperti DAP menggesa Hadi untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden PR kerana hanya beliau yang mempunyai kuasa veto dalam PAS.
“Saya tidak perlu diminta (hadir), (kalau) saya hendak hadir, hadirlah,” katanya Hadi kepada pemberita di Gombak hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu diminta mengulas resolusi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP yang sebelum ini mendesaknya agar menghadiri mesyuarat PR.
“Atas sayalah hendak hadir (atau) tidak mahu hadir," kata Hadi apabila ditanya apakah beliau akan hadir ke mesyuarat PR akan datang.
Sinar Harian melaporkan hari ini, Hadi akhirnya memberitahu tahap kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya, sekaligus mempengaruhi penglibatannya dalam aktiviti politik.
Menurut Hadi, keadaan kesihatannya juga turut membataskan dirinya untuk menghadiri mesyuarat PR.
“Saya masih belum sihat lagi, masih dalam rawatan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Sementara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini kesal kerana PAS tidak memahami resolusi CEC partinya yang menggesa Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR.
Lim berkata, gesaan itu demi memulihkan semula kepercayaan rakyat dan keyakinan dalam PR semua tiga parti komponen perlu menunaikan janji serta menunjukkan komitmen penuh mereka.
Namun sebaliknya, Lim berkata hasrat itu disalah tafsir dan pemimpin PAS memberikan reaksi negatif terhadap parti itu.
"Permintaan ini munasabah memandangkan Hadi satu-satunya individu dalam PAS yang mempunyai kuasa tunggal dalam membuat keputusan serta memiliki kuasa veto mutlak, melebihi keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.
"Ini menyebabkan kehadiran Hadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR wajib jika PR berfungsi sebagai satu gabungan serta menjamin dasar perpaduan," katanya.
Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, pemimpin PAS cuba mengalih isu daripada hakikat sebenar dengan mendakwa PR mampu berfungsi tanpa kehadiran Hadi.
Malah, katanya PAS membuat kenyataan palsu apabila mendakwa rekod kedatangan beliau lebih rendah berbanding Hadi.
"Pemimpin PAS perlu semak fakta sama ada Hadi hadir mesyuarat PR lebih banyak berbanding saya," katanya.
Beliau berkata, PR tidak boleh berfungsi sepenuhnya jika Hadi tidak hadir mesyuarat, menyebabkan PKR dan DAP tertanya-tanya mengenai keputusan yang akan dipilih presiden PAS itu. – 16 November, 2014
bila seseorang ada sikap tidak ber tanggung jawab , tutur kata nya cukup untuk mengenalkan diri nya.
ReplyDeleteHadi seorang yang GAGAL. Itu Fakta !
kerugian besar ada lah ahli ahali PAS yang rata rata Melayu dengan kualiti intelektual rendah , dan hidup kais pagi makan semalam.
Dengan kepimpinan GAGAL , ahli ahli PAS tidak mungkin dapat di bawa maju ke hadapan dan berubah ikut zaman.
Sedih bila anak bangsa merempat di tanah air sendiri , hidup lebih papa dari Myanmar , Vietnam , Bangla dan Indonesia.
Hadi hanya lah business nelayan daratan jual jaja agama tuk cari makan.
mana mungkin se orang ulamak boleh mempunyai gelagat pemikiran seperti Hadi ???
Hello kawan. First part saja setuju i.e Hadi mempunyai ego yang tinggi dan tidak bertanggungjawab. However 2nd statement bahawa penyokong PAS kurang berpendidikan saya tidak setuju. Sekarang PAS dianggotai orang cerdik pandaidan golongan professional. Manakala penyokong luar bandar pendalaman pula mungkin tiada kelulusan formal education yg tinggi tetapi mereka bukan bodoh yg boleh ditipu dgn sehelai kain pelikat sepertimana penyokong umno.
DeleteBenar....jika PAS mahu maju Hadi & the gang must go....
tghh nih kalau dikata bangang nanti ada pulak yg terasa hati..kalau badan tu berpenyakit berilah kpd org lain pulak jawatan tu..Tak ada integriti langsung!
ReplyDeletesatu kenyataan yg sombong lg bongkak dari seorg ularmak yg sepatutnya bersifat merendah diri. kalau diperhatikan sikap spt ini memang terdpt dlm diri semua geng ularmak.
ReplyDeletekalau tak sihat merupakan alasan, apa alasan boleh pergi ke uk? adakah hendak brainwash pelajar2 disana?
Ponteng parlimen camner lak??? Aku rela parlimen marang dikosonkan...ade berani ??? Pengundi marang ditipu hidup2
ReplyDeleteSombong... tengok dengan vetonya dia boleh jawab terpulang pada dia nak hadir ke tak.
ReplyDeleteAdakah sikap Tuang Presidung Pas ini cerminan Ulama yang diagung agungkn Ularmak ularmak Majlis syura dan ulama?
ReplyDeleteApa agaknya akan berlaku kapada Agama Allah jika sikap saperti Hadi ni ada dilakukan nabi saw?
Maukah kita berketuakan ularmak saperti Hadi al Marangi?
tidak ada perasaan tangung jawap dan integriti kapada yang diperjuangkan.
Inikah yang ditafsir dari Al Quran dan hadis olih Pas?
Jangan marah jika Si adnan Umnob kata Pas Parti Ajaran Sesat....Tuang Presidungnya dah sesat.
syaitan pun tak takabur mcm ni...
ReplyDeletemslh utk PR bila ada ketua mcm ni
Takbiir...ketegasan tok guru kekuatan kepada kami
ReplyDeleteKau cacai umno pegimaing jauh-jauh dengang puteri hamno tembam badak....
DeleteKetegasang yok guru palo hotok mung...itu kebodohang dang kesombongang...mung makang gaji kene le berkhidmat...gi masuk meeting gi parlimeng....mung sakit nak mampoh jangang gi london....letak jawatang berehat gi tangkak ikang...
Salam Pak Din
ReplyDeleteDia dah tak larat le tu dgn segala makneka pressure, critics dari kiri kanan, dari depan belakang dia!
Sila le berenti..jadi jadi le tu "tuang sesaje" eh !
KPI koje dia sebagai Presideng PAS selama ni pung tak bagus mana pung. Cukup cukup le .."perabihkan boreh aje" !!
Show him the door .. please bring mr Mustapha Ali & the rest out of PAS!
TGHH out!! ASAP!
Salam Pak Din
ReplyDeleteNampak sangat dah dia tak larat menggalas koje Presideng PAS lagi. Bagi aje kat orang lain macam Ketua Pemuda PAS tu ! Presiden tak semestinya ulamak le ... yang penting koje dia bagus shrewd & keputusan astute.. tepat !
Dah le lemah (lembut, konon) & lembek (dalam buat keputusan) when supposedly the going gets tough, the tough get going... Dia tak, dia keep on lari jetting overseas ! wth ! ! Memalukan Islam & PAS kita ada such a pathetic leader !
TGHH OUT !! ASAP ! Show the door to Mustapha Ali & perosak intra PAS macam si Nik Abduh, Nurul Islam (what a name then)!
Hanz
ReplyDeleteNampaknya jurang kian melebar
Perpecahan di ambang masa
Nampaknya sengaja PAS tak mau udur diri dengan sukarela tetapi mahu dihalau!
Kalau angkat kaki dengan sendiri tidak alasan untuk dikemukakan kepada ahli nanti tetapi kalau dihalau mereka ada sebab untuk dijadikan alasan. Kononnya mereka dizalimi dan dikudakan!
Ingatkan tuang presideng je bengong....rupenye ramai lagi dalam pas ni yg bengong.....adeke bodo' punya statement dikatakan ketegasan presideng.....pastu takbir pulok, betul kata Pak Din, Pas hok bengong ni mau ditendang..........nanti ade alasan pada ahli ahli hok bengong bengong yg lain, politik kejatuhan islang......bodo' sampai setara tu, iskh iskh ishk!
ReplyDeleteTaksub tp akal ta ada.UMNO dan PAS lebih kurang kebodohan penyokong mereka
DeleteBg tuan guru nik aziz jd presden balek la....sampai pru lg sekali jd lah...bg sya lum ada penganti tok guru aziz wat waktu skrg...walau da berusia tp semengat juang n pendirianya teguh...adil lg bijaksana...mohon tok guru nik abdul aziz sudi dilantik n meneutralkn keadaan balek spt dahulu..
ReplyDeleteALLAHUKBAR..
Nik Abduh dah tenggelamkan bapanya dgn komen2 bodoh nya
DeleteAlasan tidak hadir mesyuarat PR sebiji macam alasan di mahkamah Kuala Trengganu dengan tidak mengaku menuduh calon PKR pengedar pil kuda. Perangai tak langsung macam orang Islam, apalagi mengaku ulama......
ReplyDeleteBetul tu.....Dah lah tuduh manusia lain pengedar pil kuda, berfahaman komunis dan pengkhianat. Keputusan sendiri-sendiri, U-turn dan penipu besar pulak tu. Itu pun setiap patah perkataan di Rusila penyokong wala siap bertakbir lagi.... Puak banggang tu ingat Allah SWT suka perangai munafik Tuang Presideng mereka begitu? Patutlah siap baca doa laknat mengadu kat Allah SWT, walhal yang mengadu dan bertakbir itu sebenarnya lah "bapa munafik".
ReplyDeleteUlama pewaris Nabi.Ini nabi mananpunya sikap?
DeleteUlama pewaris Nabi.Nabi org PAS siapa agak nya.Ta kan ini sikap Nabi Muhammad SAW.Nabi ayah Pin
ReplyDeleteSewajarnya dia sebutkan sahaja 'INSYAALLAH'.
ReplyDeleteErrr, kalau dah tau uzur, letaklah jawatan...jangan mengganggu kelancaran urusan parti & pakatan...susah sangat ke nak lepaskan bebanan kat orang lain? kan lagi baik duduk rumah berehat... - ini saranan aku cara baik...
ReplyDeleteyang ni cara cakap lepas (belajar ngan hadi gak ni) - dah tau sakit, undurlah jangan nyusahkan orang...ko nak jadik presiden sampai mampos? nak bawak masuk kubur ke jawatan presiden tu? - kalau ada macai marah, ko marah hadi yang ajar cakap bahasa camni...