Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 7, 2014

Apa Ni......? Wahai Zambry!

'Saya beri orang, bukan jual anak'
 OLEH HAMDAN OTHMAN DI TELUK INTAN - 06 DEC 2014
Rumah Rosmawati Dani yang kecil dan usang ini merupakan tempat berteduh untuk beliau, suami serta tujuh anaknya. Foto: NOOR ASREKUZAIREY SALIM. 6 Dis 2014.

Ada yang tak kena!. Itu kesimpulan yang boleh dibuat setelah mendengar keluhan seorang ibu berusia 41 tahun yang hidup dalam keadaan daif sehingga terpaksa menyerahkan tujuh daripada 14 anaknya kepada orang lain.

"Saya bukan jual anak dan bukan tak sayang anak. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana remuknya hati saya apabila anak-anak yang saya lahirkan terpaksa diberi kepada orang lain disebabkan desakan hidup.

"Saya tak mampu untuk menanggung anak-anak saya kerana pendapatan suami sebagai pekerja tukang rumah pun tidak cukup untuk menyara hidup kami sekeluarga,” kata Rosmawati Dani kepada wartawan MalaysiaGazette ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan, Perak.
Orang yang melihat kesusahan Rosmawati bukan hendak membantu malah dikecamnya dengan kata-kata yang menyakitkan hati seperti 'Dah tahu susah, kenapa asyik beranak saja'.

"Saya tak tahu nak kata apa bila terdengar suara-suara sumbang yang menyalahkan saya beranak ramai sedangkan suami saya sememangnya tidak mampu untuk menyara keluarga.

"Memang pedih telinga mendengar tetapi saya tidak pandai merancang. Tidak ada siapa yang datang menasihatkan saya, sebaliknya hanya pandai mencaci,” jelasnya.

Menurut Rosmawati, telah berkali-kali dia dan suami serta anak-anaknya merayu kepada beberapa agensi kerajaan terbabit untuk memohon bantuan sara hidup tetapi tidak pernah dilayan.

"Tak layan satu hal, kami anak beranak pernah dihalau keluar dari pejabat berkaitan atas alasan ramai lagi orang miskin yang lebih layak menerima bantuan daripada saya.

"Kalau dah namanya orang miskin, tak siapa yang akan pandang. 

"Itulah hakikat hidup dan saya serik untuk menagih simpati lagi dengan mana-mana pihak sehingga hari ini.

"Bagi saya, kalau sesiapa ada rasa simpati, datanglah hulur bantuan yang mana patut dan saya terima dengan penuh kesyukuran," ujarnya.
Suami Rosmawati, Baharuddin Sulaiman hanya bekerja sebagai pembantu tukang rumah yang pendapatannya kira-kira RM15 sehari.

Akibat kemiskinan yang disifatkan melampau, empat daripada tujuh anak yang tinggal bersamanya terpaksa berhenti sekolah.

Tambah Rosmawati, anak sulungnya yang berusia 21 tahun telah pun berkahwin dan turut membantu mengikut kemampuannya.

"Dia pun tak bekerja dan mengharapkan ehsan suami yang tiada pekerjaan tetap. Nak kerja tak boleh sebab belajar setakat tingkatan dua.

"Sekarang yang tinggal bersama saya cuma enam orang anak dan yang masih kecil berusia dua tahun. Anak-anak yang diserahkan kepada orang cuma dua orang yang dikenal pasti penjaganya manakala selebihnya terputus hubungan terus tanpa dapat dikesan," ceritanya.

Dalam sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik kecil sebesar tandas, di situlah Rosmawati dan keluarganya tinggal sejak tiga tahun lalu.

"Saya tidak nampak ada cahaya kehidupan yang akan menyinari keluarga kami. Bukan anak-anak tak nak bekerja tetapi siapa yang nak terima mereka yang cuma bersekolah separuh jalan?

"Jika tidak ada pihak yang hendak memberi bantuan, berilah anak-anak saya pekerjaan agar mereka dapat membantu meringankan beban keluarga," ujarnya. - MalaysiaGazette

# Cuma dalam kepala aku ni tertanya-tanya - Ada lagikah buruh dibayar hanya RM15.00 sehari? Di tempat aku ni sekarang, Kuli tidak mahir dengan kerja ceduk dan tolak pasir pun dibayar RM40.00 sehari

8 comments:

  1. Walaupun daif dari segi kewangan tetapi mewah dgn bilangan anak. Ada yg sukar mendapat zuriat dan ada juga yg membuang malah tergamak membunuh zuriat sendiri. Rasanya Dyana calon AP PRK lepas mungkin ada idea untuk membantu.

    ReplyDelete
  2. Duit zakat?????...

    ReplyDelete
  3. Kena pggil tv9 ke tv alhijrah ke.. baru la diorg nk bantu.. nk tunjuk baik..

    ReplyDelete
  4. ketua kampung mana?...kat sini peranan ketua kampung. kalau dia tau ada keluarga mcm ni dan tiada tindakan..kena lucut jawatan. kalau dah ada tindakan....sampai mana dia follow up. takan setakat report je. mmg mcm ni mentaliti ramai ketua kampung kat malaysia ni. makan gaji buta.

    ReplyDelete
  5. Masya Allah

    Apa sudah jadi pada orang melayu ini ??

    Tak masok umno ke ???

    ReplyDelete
  6. Khas Untuk Anon ........ Rasanya Dyana calon AP PRK lepas mungkin ada idea untuk membantu.

    December 7, 2014 at 12:52 AM

    Ale utoh beto ko nie. ..... Ni lah tahap pemikiran umngok ..... tolol . Kan ke ni bidang tugas kerajaan negeri Perak.....sapa perintah Perak ye

    ReplyDelete
  7. Ale utoh pak mu la pulak, tak paham bahasa, bangang!!! 'Ada idea untuk membantu' bukannya bermakna itu tugas dia untuk membantu, bangang...

    ReplyDelete
  8. DUIT ZAKAT!!! ABG JAMIL DAH GASAK....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa