Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 6, 2014

Najib: Semangat membara namun tubuh lemah longlai

Cindi Loo07:30PM Dis 06 2014 

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Abdul Razak berbunyi seperti rekod rosak kerana berulang kali menyuarakan mesej tentang sifat progresif yang diperlukan demi mengembalikan sokongan kaum bukan Melayu.
Beberapa pemerhati politik melihat usaha Perdana Menteri yang juga presiden Umno ini (yang terbaru di Perhimpunan Agung Umno) sebagai lambang keikhlasan beliau yang bimbang BN tidak lagi mampu bertahan sekiranya tidak dapat meraih sokongan kaum bukan Melayu.
Para perwakilan Umno juga perlu lebih berhati-hati ketika mengulas isu sensitif berkenaan isu kaum bagi mengelakkan masyarakat minoriti memandang serong terhadap mereka.
Bagaimanapun, mereka sedar cabaran bagi melakukan perkara itu amat besar.
Pada masa yang sama, Najib juga seakan tidak berdaya menghentikan suara ekstremis yang semakin kuat kedengaran.
Pun begitu, ramai yang kekal berharap mesej yang dilaungkan Najib akan dapat menjana kesederhanaan agar Malaysia mampu melakar kemajuan ekonomi serta sosial.
Pengarah Kepimpinan dan Strategi Asia Tan Sri Ramon Navaratnam berkata mesej yang ditekankan Najib menunjukkan bahawa kaum minoriti di Malaysia tidak mungkin mampu dipinggirkan dalam usahanya mengekalkan kuasa.
“Beliau menolak teori ramai ahli Umno serta pihak ekstremis bahawa mereka mampu bergantung kepada undi Melayu semata-mata,” ujarnya kepada SemutHarian.
Ini merupakan kesilapan jelas dalam berhujah yang dilakukan ahli-ahli Umno.
“Pertama, jika orang bukan Melayu diketepikan, peranan kita di mata dunia serta di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan terjejas. Pelabur juga tidak akan berminat dengan Malaysia. Kedua, orang Melayu yang bersikap sederhana akan turut meninggalkan Malaysia dan kedudukan ekonomi serta kestabilan negara bakal terjejas.
“Malaysia akan kehilangan prospek sebagai negara yang progresif. Maka nasihan Perdana Menteri perlu dipandang serius buat masa ini agar kita tidak memberi isyarat salah dan menjejaskan masa depan negara,” ujar beliau lagi.
Dalam pada itu timbalan presiden Center for Better Tomorrow  Tan Sri Dr T Marimuthu berkata kenyataan Najib menunjukkan hanya sebilangan kecil penduduk di Malaysia mempunyai pandangan ekstremis.
“BN sebenarnya sering bersikap sederhana dan mengambil kira semua pihak. Ia berperanan sebegitu sejak Merdeka. Kita telah melakar kemajuan ekonomi dan mampu menjadi negara maju. Namun tektik yang digunakan beberapa pemimpin telah menyebabkan pihak minoriti kecewa.
“Jika mereka mahukan majoriti dua pertiga, mereka akan berucap kepada semua dan menyokong kesederhanaan. Pada masa yang sama, mereka perlu mengekang pihak yang cuba membinasakan keharmonian rakyat Malaysia.
“Sekiranya ini dapat dilakukan, saya yakin masa depan yang cerah menanti Umno dan parti-parti di dalam BN,” katanya kepada SemutHarian.
Kita menantikan samada pemimpin Umno mampu melakukan tugasan ini atau kekal mempamerkan diri mereka sebagai pahlawan bangsa Melayu dalam usaha mendapatkan sokongan para ahli.
Setiap ucapan yang dibuat mereka sudah tentu diperhati semua rakyat Malaysia dan jika tersasar, bakal menjejaskan mesej yang dilaungkan Najib.
Adakah Najib mampu mengotakan hasratnya dan membina Malaysia yang sederhana?

3 comments:

  1. 'Kaum pendatang tak sedar diri, datang dulu merempat sekarang dah jadi kaya raya, kalau tak sokong Umno pergilah balik ke negara asal' itu adalah antara soseh-soseh Umno akar umbi. Nak ambil hati kaum bukan melayu konon, porrah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1:07

      Marah bebeno hang kat kaum pendatang!

      Tapi hang lupa, kaum pendatang inilah rakan- rakan kongsi perniagaan pemimpin-pemimpin UMNO. Hang pi tengok siapa towkey- towkey ytl, berjsya group, genting dll.

      Ibrahim Ali yang dok bantai kaum p3ndatangpun ada towkey kaum p3ndatang kat belakang. Orang kelantan tahu tentang habuan yang beliau terima dari p4ojek jembatan pasir mas - salor.

      Jadi xpayah le nsk tunjuk k3bodohan hang yang kena tipu hidup2 dengan pemimpin2 UMNO hang. Orang diluar UMNO dah tahu sangat perangai pemimpin UMNO hangpa - kaki memperhambakan orang melayu untuk menjarahkan harta n3gata!

      Delete
    2. bat8,
      Terima kasih untuk respon anda terhadap komen saya itu. Mungkin anda terlepas pandang maksud bait-bait akhir komen tersebut. Jika diteliti bait yg dinyatakan, saya pasti anda tidak membuat komen sedemikian.
      Saya juga tidak perlu untuk membela diri, biarlah anda nilaikan sendiri.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa