Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 2, 2014

Hanya Cina? Melayu Tak Adakah?

Cina ditaksirkan haram dari konteks undang-undang
Tapi Melayu haram dari konteks undang-undang dan haram juga dari segi Hukum Islam - faham-fahamlah yer!

Zaidi: Segelintir saja Cina kaya duit haram
mk - 12:27PM - 2 Dec 2014

Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said menjelaskan bahawa beliau hanya memaksudkan "segelintir" Cina Pulau Pinang menjadi kaya hasil duit haram.

Beliau membuat kenyataan itu bagi menjelaskan ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, lapor Berita Harian.
Menurut Mohd Zaidi, beliau menggunakan perkataan "kadang-kadang" dalam ucapannya bagi menjelaskan bahawa tidak semua Cina di Pulau Pinang terlibat dalam kegiatan perjudian, pelacuran, dan perniagaan haram.

"Kadang-kadang bermaksud segelintir sahaja dan dan saya tidak menyebut semua orang Pulau Pinang.

"Bagaimana pun, dalam laporan media perkataan itu tidak diambil dan 90 peratus ucapan saya sebenarnya menyentuh mengenai kelemahan penguatkuasaan iaitu membabitkan kerajaan Pusat dan negeri," beliau dipetik sebagai berkata.

Zaidi mencetuskan kontroversi pada perhimpunan itu minggu lepas apabila mendakwa Cina di Pulau Pinang kuat dan berkuasa kerana wang dari kegiatan haram.

Kenyataannya itu yang tidak diulas oleh mana-mana pemimpin tertinggi Umno pada himpunan itu dibidas pemimpin Cina dari BN dan Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa beliau berbohong sementara Ketua Wanita MCA, Datin Chew Mei Fun menyifatkan kenyataan itu sebagai "tidak berotak". 

2 comments:

  1. Itulah, siapa suruh buat siaran langsung di tv. Kami nak tonton cerita pun tak boleh, buka saja tv asik2 PAU... PAU... PAU..., macam bangkai. Memang Umno bangang!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa