Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 2, 2014

Kerana Ketakutan, UMNO Mengambil Pendekatan Menindas - Jeffrey

Jeffrey dakwa pemimpin UMNO ketakutan
 | December 2, 2014
Pendekatan menindas itu menyebabkan Malaysia semakin kurang kompetitif, kurang demokratik, semakin rasuah dan berpecah
Jeffrey KitinganKOTA KINABALU: Presiden Borneo Heritage Foundation (BHF), Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa pemimpin UMNO takut kehilangan kuasa apabila membatalkan pemansuhan Akta Hasutan 1948.
Katanya, ketakutan tersebut menyebabkan pemimpin terbabit sengaja mewujudkan perasaan takut terhadap orang Melayu dengan menggunakan pendekatan menindas.
“Oleh itu katanya, kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan mengulangi kesilapan lalu dengan berkeras mengekal, malah memperkukuhkan lagi Akta Hasutan 1948,” dakwa beliau.
Semasa mengumumkan pembatalan pemansuhan Akta Hasutan, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan pindaan mengenakan tindakan terhadap pihak yang mempersoalkan Islam, serta sebarang gesaan untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.
ADUN dari Bingkor itu mendakwa, pendekatan menindas itu menyebabkan Malaysia semakin kurang kompetitif, kurang demokratik, semakin rasuah dan berpecah dari segi agama dan bangsa berbanding dahulu.
Beliau juga mendakwa berlaku penjajahan dalaman di Sabah melalui program-program meMelayukan dan pengislaman, memutar belit fakta sejarah dan tidak memperdulikan janji-janji yang dibuat oleh pengasas Malaysia.
Semua ini kata Jeffrey, memaksa pihak-pihak tertentu, terutama golongan terpelajar di Borneo meminta pembubaran dan pemisahan daripada Malaysia.
Namun, beliau sedih daripada mengadakan dialog dan memahami masalah, pemimpin persekutuan sebaliknya melabel mereka sebagai pemisah.
“Dengan undang-undang menindas dan dasar berat sebelah Melayu/Islam yang diaktifkan untuk menindas masyarakat berpengetahuan tinggi Malaysia yang moden, negara ini akan semakin mundur,” katanya menggesa pemimpin mengutamakan kepentingan negara dan bertindak adil kepada semua komuniti.
Perdana Menteri katanya, perlu menjadi pemimpin untuk semua dan bukan hanya menjadi pemimpin untuk Umno jika tidak mahu dituduh memperlekehkan slogan 1Malaysia gagasannya sendiri.
Sehubungan itu, Jeffrey meminta pemimpin kebangsaan ini untuk keluar daripada pemikiran takut serta rendah diri dan mula mendengar rasa tidak puas hati, sekaligus menyelesaikan masalah.
“Ugutan dan menangkap rakyat tidak akan menyelesaikan masalah di negara ini,” katanya menambah sukar bagi Malaysia untuk maju jika penduduknya berpecah dari segi agama dan bangsa.

2 comments:

  1. Bijan jadi ketua 47% saja itu pun pakai hantu hantu....

    Penipu memang penakut.

    Bila penipu tu pulak Bahalol , rakyat kena aniaya lah sebab Bahalol di angkat jadi Ketua.

    Rakyat mesti belajar dari sejarah wayang "Pirate of Carribean"

    ReplyDelete
  2. Cara yg paling mudah, adalah dgn menumpaskan BN di Sabah & Sarawak kerana talian hayat BN sangat bergantung dari kerusi dua negeri tersebut. BN akan terus memperdayakan kepercayaan dua negeri ini selagi dibenarkan kekal berkuasa. Lakukan pd PRU14 nanti tanpa ragu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa