Kerajaan silap terlalu jaga hati bangsa lain – Tun Hamid
Lagi banyak kita bagi, dia (bangsa lain) akan anggap kita memberi kerana kita lemah. Bahkan, lagi lemah kita, maka lagi banyak yang mereka akan ambil.
SHAH ALAM: Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyifatkan kerajaan telah melakukan kesilapan besar kerana terlalu menjaga hati bangsa lain.
Beliau menjelaskan, tindakan kerajaan Barisan Nasional menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang bertujuan mengambil hati bangsa lain terbukti sia-sia kerana tidak diendah.
Malah tambahnya, bangsa lain sedar kelemahan orang Melayu apabila berpecah-belah akan dengan mudah diperalatkan.
“Lagi banyak kita bagi, dia (bangsa lain) akan anggap kita memberi kerana kita lemah. Bahkan, lagi lemah kita, maka lagi banyak yang mereka akan ambil. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan mengucapkan terima kasih,” katanya yang menjadi panel Seminar Akta Hasutan Keselamatan Dalam Negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.
“Kerajaan silap, apabila ada tuntutan, kerajaan hendak ambil hati mereka, dengan cara memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan harapan mereka akan datang balik,” ujarnya yang juga merupakan panel Seminar Akta Hasutan Keselamatan Negara di UITM Shah Alam.
Katanya, beliau sendiri pernah bersuara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa bangsa lain tidak pernah menyokong, dan tidak akan menyokong kerajaan.
“Lagi banyak kita bagi, dia (bangsa lain) akan anggap kita memberi kerana kita lemah. Bahkan, lagi lemah kita, maka lagi banyak yang mereka akan ambil. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan mengucapkan terima kasih,” ujarnya.
Namun sebaliknya, pemimpin Melayu lupa siapa yang menyokong mereka sehingga, ”Disebabkan tidak mengambil hati orang Melayu, maka orang Melayu tidak akan datang lagi dan akan pergi.”
Katanya, bangsa lain akan menuntut apa sahaja yang boleh dari orang Melayu sebab tambah Tun Abdul Hamid, “Kita orang Melayu ni, kita rasa berdosa kalau kita ada lebih sikit dari orang lain. Walhal, yang lebih pun orang kita. Namun, kita bagi orang lain, tetapi orang itu tidak ucap terima kasih.”
Bercakap kepada kira-kira 200 orang peserta seminar, beliau turut melontarkan pertanyaan, negara manakah adanya bangsa yang sanggup berkongsi kuasa dengan orang lain.
“Tunjukkan pada saya, satu bangsa di dalam dunia ini yang sanggup berkongsi kuasa dengan orang lain. Pernahkan mereka (bangsa lain) fikir perasaan kita, bila mereka minta hak kita,” katanya.
Agaknya, ketika dia menjadi hakim dulu, tertuduh kaum cina pasti akan dipandangnya bersalah semasa perbicaraan & tertuduh kaum melayu akan menerima simpatinya. Jika pihak tertuduh kaum cina itu tebai punya huloq dia tak buloq, ke camne?
ReplyDeleteBagaimana sidunggu ni jadi ketua hakim dgn sikap prejudice yg amat pekat sahingga mengetepikn segala prinsip dn semangat undang2.
ReplyDeleteJelas institusi kejakiman yg ternoda olih kezaliman dn fahaman sempit.
Bukan prajudis...
ReplyDeleteDap sudah membuktikannya dalam isu selangor!
Ini tuduhan yang tidak relevan dan menghasut, sudah 56 tahun kuasa memerintah bukan ditangan orang bukan melayu/islam.
ReplyDeleteTerlalu pekat sifat rasis situa ini, sehingga hilang kewajaran bila mengemukakan pandangan. Tidakkah dia tahu bahawa setiap warganegara itu diberi hak yg sama? Melayu hanya ada sedikit kelebihan dari segi keistimewaan, itupun dimonopoli oleh pemimpin2 Umno dan bukannya kamu melayu yg ramai ini. Yg memberikan taraf warganegara itu adalah melayu juga, kenapa bingai sangat. Setelah puluhan tahun dipersetujui masih diungkit lagi. Apakah jenis manusia atasan yg mcm tidak khatam perlembagaan ini? Boleh jadi termasuk dlm golongan yg Najib katakan bangang masa PAU lalu.
ReplyDeleteMangkuk ni sedang melobi untuk jawatan penting dalam HAMNO sebab tu dia melalut macam orang mabuk....
ReplyDeleteMamat ini sudah bahalol tidak boleh ber fikir akibat di susp sejak kechik sampsi ke tua.
ReplyDeleteTiada nilai ekonomi , suroh dia cari makan sendiri 2000/- pun susah kot.
dia brcakap berasaskn perlembagaan. bukan dia tapi kamu semua yang nyanyok tdk tahu perlembagaan dan sejarah. Bila kita jahil - mudah dipengaruhi dan diperdayakan.
ReplyDeleteAnon 5:40am,
DeleteNyatakan klausa yg mana satu dlm perlembagaan persekutuan yg diperkatakan oleh orang tua ini. Jangan2 kamu sendiri pun tidak pernah lihat perlembagaan, lagi nak kelentong, porrrah!!!
Perlembagaan mana tuurrr.perlembagaan umno ker
Delete