Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 10, 2014

Boleh Pakai Ke? Ini Mahfuz Yang Cakap, Bukannya Hadi.....

Siapa Setiausaha PR ni?
Dah disuruh panggil, panggllah. Baru tahu 'Atas sayalah, saya nak datang atau tidak!'
Siapa boleh paksa dia?
Mahfuz pun tak boleh!

Panggil mesyuarat, Hadi datang, kata Mahfuz
Published: 10 December 2014
Datuk Mahfuz Omar mempertahankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan berkata beliau akan hadir mesyuarat Pakatan Rakyat sekiranya jemputan dihantar. – Gambar The Malaysian Insider, 10 Disember, 2014.

PAS menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengetepikan pertelingkahan peribadi dan segera memanggil mesyuarat bagi membolehkan gabungan itu terus bergerak sebagai sebuah entiti menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jemputan mesyuarat perlu dihantar kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum menuduh beliau enggan menghadiri mesyuarat PR.
"Semua pimpinan perlu berjiwa besar, bagaimana kita fikir itulah yang akan terjadi.
"Kalau kita fikir PR tidak sampai PRU14, itulah yang akan berlaku. Tapi kalau kita fikir PR mampu melangkaui PRU14, kita akan sampai," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.
"Panggil mesyuarat dulu, kalau tidak macam mana nak datang, dahulu presiden ada datang (hadir mesyuarat)," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.
Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum ini menyuarakan kebimbangan PR tidak akan bertahan sehingga ke PRU14 ekoran keretakan hubungan antara parti komponennya.
Veteran DAP itu turut melahirkan kebimbangan berlakunya sesuatu antara mereka serta mendedahkan PR sudah hampir setengah tahun tidak mengadakan mesyuarat.
"Yang penting, semua pimpinan PR daripada semua parti kembali kepada perbincangan. Itu harapan masyarakat dan rakyat," kata Mahfuz, menggesa mesyuarat diadakan segera bagi menyelesaikan krisis tersebut.
Beliau bagaimanapun menafikan tiada sebarang komunikasi berlaku antara Hadi dan kepimpinan PR lain kerana pemimpin PAS itu hadir pada sidang Parlimen penggal lalu bersama Lim dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini turut menyelar Hadi kerana gagal hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden PR.
Sejak kemelut menteri besar Selangor, Hadi sering tidak menghadiri mesyuarat berkenaan, malah beliau turut tidak hadir pelancaran Belanjawan 2015 pembangkang itu. – 10 Disember, 2014.

6 comments:

  1. Kena diadakan acara sambutan dgn bunga manggar, paluan kompang & silat pulut disertai taburan bunga rampai dan renjisan air mawar. Jika perlu, sediakan tandu sekali. Beghehh...

    ReplyDelete
  2. jangan dok mengata kat naib pengurusi ulama sedonia hoi.......nanti panah lintar woow! Dia ada rudin tantawi nak buat kenduri hajat supaya semua gulungan yg tak suka sikapnya boleh belah........dan Din ada banyak ayam untuk infak wow..........ikut dia lah nak join ke ataupun tak! Nkorang tak suka Pas.....pangkah lah BN! ini lah strategi Din Ayan & tantawi vel payer

    ReplyDelete
  3. Abe

    Kenyataan Mahfuz ini mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Maksud tersurat kita semua fahamlah. Maksud tersirat boleh kita kesan dari maksud "jemputan mesyuarat perlu dihantar kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum menuduh beliau enggan menghadiri mesyuarat PR."

    Selalunya surat jemputan mesyuarat seperti ini dihantar kepada organasasi dengan di tambah " Untuk Perhatian (UP:) ", biasanya UP SUA kerana dia chief of staff pentadbiran parti.

    Dalam kenyataan Mahfuz dia cadangkan jemputan mesyuarat MPPR dibuat terus dan khusus kepada Presiden PAS supaya dia boleh hadir. Dalam bahasa lain, Mahfuz memcadangkan jemputan dihantar khusus kepada Presiden PAS supaya dia kena hadir sendiri dan tidak mewakilkan kepada orang lain yang ma a dia akan bantah diluar mesyuarat jika beliau tak setuju secara peribadi.

    Ini satu lagi sudut yang saya nampak dari kenyataan Mahfuz. Ini dikatakan seni dalam politik atau finesse.

    ReplyDelete
  4. bat8

    Cara yang Mahfuz cakap tu taklah pelik dari segi politik tapi pelik dan janggal dari segi pentadbiran.

    Lagi pun siapa Hadi ni anggap dirinya sehingga kena pergi sembah d kaki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan abe itulah juga maksud tersirat dari kenyataan Mahfuz itu. Seb3na4nya Mahfuz keney TGHH cara kiasan. Kan TGHH ini seorqng insan yang maksum dan mempunyai ilmu yang paling tinggi. Itu satu cara nak kene orang yang te4h3bat s3kali dalam dunia ni selepas kewafatan Rasululllah.

      Delete
  5. Hadi sudah bongkak terus bahalol , jadi apa tu ulamak sedunia... Allah cuba tesr sikit , Hadi sudah gagal.

    Apa guna jawatan ulamak sedunia jika tak boleh jana ekonomi sendiri mau pun bangsa.

    Bahalol saja harap elaun dari rakyat tuk hidup , itu pun hasil jaja jaja Quran Sunnah.

    Kafir kedai repair motor tepi jalan lagi tinggi martabat nilai ekonomi dia.

    1Bahalol sudah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa