Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 10, 2014

Nasiblah Ko Utusan. Dah Berapa Punya Banyak Da Kena Bayar!

Mahkamah dapati Utusan bersalah fitnah Kit Siang
4:00PM - 10 Dec 2014 - mk

Utusan Malaysia diarahkan membayar RM250,000 selepas didapati bersalah memfitnah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dalam artikel yang memetik “Father Augustus Chen”.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menetapkan bayaran kos RM25,000 kepada anggota parlimen Gelang Patah itu.

“Hore untuk (peguam) Gobind Singh Deo atas kejayaan hebat menentang politik pembohongan,” tulis Lim di Twitter.

Lim sebelum ini memfailkan saman berhubung satu rencana bertarikh di Utusan bertarikh 18 Ogos 2013 bertajuk "Kit Siang manipulasi CEC?".

Rencana yang memetik sumber bernama Father Augustus Chen mendakwa Lim memanipulasi kehadiran perwakilan serta pengiraan undi pada kongres parti Disember tahun lalu bagi memastikan kedudukannya 'selamat'.


1 comment:

  1. Dah berapa tahun tak langgan utusan, akhbar penyebar fitnah dan dakYah batu api ni. Keluar duit beli utusan dapat akhbar jijik dan dosa pun dapat sama, umpama beli nombor ekor. Hanya Umno yg masih menaja utusan, jika tidak dah lama gulung tikar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa