Ian McIntyre - Dikemaskini 01:03PM Dis 10 2014
GEORGE TOWN: Golongan muda Malaysia akan memberi kesan yang besar kepada keputusan pilihan raya umum ke-14, yang mesti diadakan pada Mei 2018. Ini adalah pandangan yang dikongsi oleh pemimpin dari kedua-dua belah jurang politik.
Pandangan mereka adalah berdasarkan kepada data kasar yang boleh didapati secara percuma dalam talian.
Di Malaysia, belia ditakrifkan sebagai individu-individu yang berumur dari 15 hingga ke 40 tahun. Pada tahun 2008, apabila negara keluar mengundi untuk kali ke-12, belia telah menyumbang 40% daripada jumlah penduduk yang dianggarkan berada seramai 27.7 juta. Mereka yang berumur 40 tahun dan di bawah sudah pun memegang 70% daripada pekerjaan yang ada.
Itu adalah tahun tsunami politik yang melanda ke seluruh negara, yang hampir merampas cengkaman kuasa Barisan Nasional yang ia biasa miliki. Tahun itu, gabungan itu kehilangan majoriti tradisional dua pertiga di Parlimen, yang ia masih belum perolehi kembali.
Parti-parti politik tahu bahawa jika mereka mengabaikan perangkaan ini dan maksudnya, maka buruk padahnya.
Anak-anak muda biasanya akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, perubahan sosial dan yang paling penting, perkembangan politik. Dan ini, bagi ahli-ahli politik, diterjemahkan dalam bentuk undi. Atas sebab inilah para pemimpin-pemimpin kanan parti-parti politik sedang berusaha keras untuk mendekati belia.
Pada pilihan raya umum 2013, satu perlima, atau 2.6 juta daripada jumlah 13.3 juta pengundi yang layak merupakan orang-orang muda.
Walau bagaimanapun, keadaan semasa tidak lagi semudah dulu. Daripada 17 parti politik di negara ini yang mempunyai sebarang pengaruh, hanya DAP yang seolah-olah ada beberapa kemajuan dalam memikat golongan belia. Baki 16 parti lagi seolah-olah tidak membuat apa-apa kemajuan yang ketara dalam usaha memenangi sokongan tersirat mereka. Ini adalah Gen Y – mereka yang lahir dari tahun 1980-an hingga 1990-an, dan celik IT.
Ini tidak bermakna bahawa mereka jahil politik atau tidak berminat. Sesetengahnya masih mengambil bahagian dalam perhimpunan dan juga acara-acara sosial dan perhimpunan yang bersifat politik, tetapi bilangan mereka tidak lagi sebesar seperti dekad 1990-an, apabila perjuangan reformasi adalah amat berpengaruh.
“Hari ini, anda mungkin dapat melihat mereka dalam perhimpunan-perhimpunan politik jika insentif kewangan ada diberikan. Mereka benar-benar tidak berminat untuk memahami isu-isu politik hari ini," kata Rahmad Isahak, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang.
Tetapi DAP seolah-olah telah berjaya, walaupun ia bukannya suatu kejayaan yang besar, apabila parti-parti lain telah gagal. Parti itu mempunyai kehadiran dalam talian yang besar, satu faktor yang menarik kepada golongan muda yang menghabiskan banyak masa mereka di Internet. Ini juga secara kebetulan merupakan cara terbaik bagi mendekati mereka.
Parti itu juga seolah-olah tahu minat anak-anak muda ini. Mereka menganjurkan acara-acara menyeronokkan yang menarik golongan belia. Ini termasuk penghargaan warisan, rekreasi, sukan dan aktiviti kecergasan serta hiburan dan pesta makanan jalanan.
Mungkin terdapat beberapa sebab untuk sikap acuh tak acuh belia, tetapi Rahmad percaya bahawa masalah utamanya adalah rasa berat hati para pemimpin kepada perubahan.
Mereka terlalu lambat untuk menyedari kepentingan media sosial dalam mendekati golongan muda. Kejayaan DAP adalah bukti kepada hakikat bahawa media sosial adalah medium yang penting untuk menyampaikan mesej mereka.
Ini merupakan petikan sebuah rencana yang pertama kali diterbitkan dalam The Heat isu 6 September 2014.
99% Org muda cina pergi ke Dap.
ReplyDeleteOrg muda melayu:
-20% ke umno
-30% ke PKR
-40% ke Pas
-10% tak jadi orang
Bleh, dap dulu nampak konon mcm ikhlas, tp skrg dah nampak typical politics.
ReplyDeletePas kalau orang yang celik sikit, bole nampak xbole harap Ape, mulut je byk.
Umno-pkr basically orang yg sama, sama je dua2. Dtg dr legacy Anwar dlm umno dulu. Byk budaya Anwar melekat.
Aku - penat tengok bapak2 beruk & anak2 beruk ats pokok ni. Ni la jadiknya kalau bukan yg ahli duduk tempat yang duduk tempat yang tak sepatutnya. Player sibuk jadik planner=disaster. Menteri paling ramai dlm negara? Campur lg penasihat2. Tapi benda apa pun tak jadik, lebih pada buat damage control je. Lagi ramai, lg menyemak, lagi susah buat system.
Orang cakap yg atas pagar ni tak jadik orang la, xde pendirian la, xambik port pasal negara la, x berfikir secara kritis la (wtf?). Seriously aku xkisah pun ko nak sokong bn ke pr ke, xdenye aku nak berdebat ke apa, not even worth a cent, yg aku kisah ko ni jerk ke jackass ke tidak. So ni pendirian tegas aku, buat masa sekarang, i don't want to waste my time to vote all these monkeys, tak ada makna apa2 pun.
Muda mudi yang bagis kualiti akal nya akan undi DAP , kemudian PKR.
ReplyDeleteYang bshalol kaki rempit akan ke Umno manakala budak kampong benggap senang di pujuk ceramah agama ke PAS.