Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 10, 2014

Tadak Sesiapa Punji Kerajaan Terengganu?

Walau pun siapa yang buat, yang baik tetap baik!
Tak kira apa-apalah tanggapan di sebaliknya
Sama ada kerana mileage poltik atau agama bukan jadi perhitungan  

Terengganu Arah Pasar Raya Tutup Waktu Solat Jumaat Mulai Januari 2015
Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 8:23 PM - mStar

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua pasar raya di negeri itu ditutup pada Jumaat mulai 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang mulai Januari tahun depan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di premis berkenaan.
"Keputusan itu telah dipersetujui pada mesyuarat Exco minggu lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa.
Semasa perbahasan Bajet Terengganu 2015, Hilmi Harun (PAS-Manir) mendakwa ramai orang Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di pasar raya.
Ahmad Razif berkata penguatkuasaan terhadap arahan itu akan dijalankan dan dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Sementara itu, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (BN-Kuala Besut) meminta kerajaan negeri membangunkan tenaga boleh diperbaharui daripada sumber angin, solar dan ombak sebagai alternatif kepada tenaga elektrik sedia ada.
"Terengganu mempunyai pantai sepanjang 244 km, sudah tentu ia terdedah kepada kuasa angin, yang boleh diubah kepada tenaga elektrik.
"Begitu juga dengan tenaga solar dan ombak yang banyak didapati di sepanjang pantai negeri ini," katanya ketika membahaskan Bajet 2015.
Tengku Zaihan berkata, walaupun Terengganu telah mempunyai janakuasa hidro elektrik Tasik Kenyir yang menggunakan kuasa air, tetapi mengolah tenaga daripada sumber lain perlu diberi perhatian serius.
Beliau juga mahu jumlah anggota polis di Pulau Perhentian ditambah berikutan kini hanya dua anggota polis bertugas pada satu-satu masa bagi menjamin keselamatan penduduk dan pelancong.
"Yang agak mendukacitakan walaupun bangunan PDRM tersergam indah di pulau itu tetapi ia hanyalah berstatus pondok polis yang keanggotaannya hanya dua orang sahaja. Jadi kita merayu agar status pondok polis berkenaan dinaik taraf kepada balai polis," katanya.

5 comments:

  1. Jika ia membebankan perniagaan bukan Islam , apakah adil dalam Islam ?

    Pelabur lari , anak anak Melayu mula merempit , meragut tuk cari makan.

    Ekonomi siapa pegang ?

    ReplyDelete
  2. Betul tu abe.politik ni hanya wasilah shj.tp hendaklah wasilah digunapakai dgn telus jujur amanah semampu mungkin.apa yg membawa ke arah kebaikan kita kena belajar terima dan sokong.bila nampak tak betul arahnya baru kita kritik dan lawan.

    ReplyDelete
  3. come on la...kalau kita nak laksanakan islam sebenarnya tak ada masalah...kami di Brunei D.s tak ada masalah pun pada Bukan Islam,semua premise perniagaan( not only shopping mall)di tutup dari jam 12-2:00petang.Orang melayu ja yg fikir sempit selalu cari alasan

    ReplyDelete
  4. 8.56...
    Janganlah cari alasan sempit.

    ReplyDelete
  5. Terengganu tu bukan Pas.
    Bukan jugak PKR.

    Cumanya, selangor, Kelantan dan Penang bila agaknya nak mula yer?
    Yang johor, melaka, N9, pahang, Kedah dll tu pulak?
    Tak malu ker dengan MB baru Terengganu yang tak berapa hari dilantik nih?

    Saya sokong benda2 yg baik cam nih..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa