mk - 12:42PM - 10 Dec 2014
Peguam terkenal PKR berkata Zahid “tidak jujur” apabila berkata tidak berhasrat membuat permohonan ekstradisi walaupun mempunyai perjanjian itu.
“Undang-undang ekstradisi dan perjanjian dua hala antara Malaysia dan AS tidak membenarkan penghantaran pulang individu yang mencari suaka daripada pendakwaan politik,” kata Latheefa.
Justeru, katanya, kerajaan AS sudah pasti tidak akan melayan permohonan itu jika dibuat.
Zahid semalam dilaporkan berkata kerajaan tidak berhasrat mengambil langkah itu kerana yakin Tan dan Ali akan tetap pulang ke tanah air suatu hari nanti, ibarat “bangau pulang ke belakang kerbau”.
Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee lari ke AS bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Malaysia setelah mencetuskan kontroversi demi kontroversi.
Selain Tan, aktivis Ali Jalil pula mendapat suaka di Sweden setelah dituduh menghasut dengan menghina institusi raja.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa