Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 13, 2015

Apa-apa pun lantak kamulah Hadi!

Hadi ‘selamatkan’ Amanah dalam Pakatan 2.0
Posted on Sunday, September 13 @ 11:18:30 MYT by paktam
Oleh Amin Iskandar
Apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak berminat untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0 (Pakatan 2.0) bersama-sama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), ia memberikan “nyawa” kepada parti serpihan itu untuk menjadi relevan dalam politik negara khususnya politik pembangkang.

Amanah dapat membuktikan benarlah selama ini presiden PAS itulah menjadi penghalang kepada satu gabungan pembangkang yang kuat di Malaysia untuk menjadi pengganti kepada Barisan Nasional (BN).

Amanah juga dapat membuktikan kewujudan Hadi dalam politik pada hari ini hanyalah untuk menyelamatkan Umno, tidak lebih daripada itu.


Hadi dilaporkan laman Ismaweb sebagai berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu itu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.

“Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang.

Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam,” beliau dipetik berkata selepas pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di Bangi pada Rabu.

Difahamkan, Hadi “sangat yakin” dengan kerjasama “rakan-rakannya” daripada Umno membantu membawa hudud ke Parlimen. Sebab itulah Hadi “dengan pantas” menolak menyertai Pakatan 2.0.

PKR yang sebelum ini menjemput PAS menyertai Pakatan 2.0 melalui Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin Amanah dan DAP juga “terselamat” kerana penolakan Hadi itu.

Sekurang-kurangnya PKR boleh memberitahu pengundi Melayu, “kami sudah jemput PAS masuk Pakatan 2.0, tetapi Hadi yang tak nak”.

DAP juga “terselamat” kerana tidak perlu “bergaduh” dengan PKR berhubung penyertaan PAS dalam Pakatan 2.0.

Tanpa PAS, Pakatan 2.0 bolehlah ditubuhkan sebagai gabungan berdaftar dan bukan lagi “gabungan longgar” seperti Pakatan Rakyat dulu.

Kerana yang “longgar-longgar” ini tidak akan diyakini pengundi. Pakatan 2.0 harus menjadi gabungan rasmi seperti BN yang jelas dengan hala tujunya.

Peranan Amanah

Presiden Amanah Mohamad Sabu mengatakan parti itu mensasarkan 100,000 ahli menjelang akhir tahun ini termasuk dari kalangan penyokong PAS.

Memang kebanyakan ahli PAS menyertai Amanah pada ketika ini terdiri daripada mereka yang mahukan parti Islam itu bersama PKR dan DAP.

Penyokong PAS akan bertambah ramai menyertai Amanah selepas ini kerana pendirian Hadi itu. Yang masih setia kepada PAS ramainya dari negeri-negeri Pantai Timur.

Jika gagal mempertahankan Kelantan, PAS akan menjadi “parti nyamuk” seperti apa yang berlaku kepada Gerakan selepas Pulau Pinang dirampas DAP.

Cuma Amanah janganlah mengulangi kesilapan PAS. Tidak salah memperjuangkan Islam tetapi tidak perlulah menjadikan negara-negara Timur Tengah sebagai rujukan.

Masalah di Arab Saudi dan Iran berbeza di Malaysia. Di Nusantara ini tidak kurang hebatnya contoh perjuangan gerakan Islam.

Sebenarnya PAS sendiri gagal melihat “kehebatan” bekas presidennya, Dr Burhanuddin Helmy dalam berpolitik di zamannya.

Maka, Amanah bolehlah mengambil kembali contoh dan rujukan daripada gerakan Islam di Nusantara terutamanya dari Malaysia sendiri.

Kerana untuk menjadi parti yang mendapat sokongan Melayu, Amanah perlu “memahami Melayu” itu sendiri terlebih dulu.

Selagi tidak memahami budaya Melayu, selagi itulah Umno akan terus disokong kuat penduduk majoriti Malaysia itu.

Ada sebab mengapa orang Melayu masih belum “mengalihkan kesetiaan” mereka daripada Umno.
Dan ini menjadi “tugas berat” Amanah untuk Pakatan 2.0 sekiranya gabungan pembangkang baharu mahu memerintah Malaysia.

Tanpa sokongan Melayu, keputusan pilihan raya terbaik yang boleh diperoleh pembangkang adalah seperti Pilihan Raya Umum ke-13.

5 comments:

  1. Apa-apa pun lantak kamulah Hadi. Itu yang sebenarnya yang patut diunkapkan tentang beliau kerana telatahnya kian hari kian bercelaru. Ketua yang waras dan berakhlak mulai tidak akan menghalau orang bawahan, tidak akan menggunakan bahasa kesat, tidak sombong dan tidak akan berasa gembira bila ahli-ahli partinya keluar berbondong-bondong. Walaupun Harakah cuba menutup keburukan beliau dan mencipta cerita-cerita baru yang dikira boleh memberi gambaran positif namun masyarakat umum sudah tahu siapa dia sebenaenya orang tua yang berserban ini!!!

    ReplyDelete
  2. Abe

    Inilah keputusan terbaik. PAS dibawah HH dan geng tak boleh berkawan dengan orang, bila berkawan dia nak jadi ketua, semua orang kena ikut cakap dia. Bila dia xsetuju dengan sesuatu, dia xhadir mesyuarat. Dia hantar wakil dan apabila keputusan dibuat, dia bantah dengan menggunakan kuasa veto Presiden PAS yang xwujud dalam perlembagaan PAS.

    Bukan sahaja parti pembangkang yang menghadapi masaalah berurusan dgn HH dan geng, sikap suka tikam belakang kawan ini pun telah membuatkan UMNO takut untuk menjalinkan sebarang kerjasama rasmi dengan PAS dibawah pimpinan HH dan geng.Kalau tidak hubungan kerjasama antara PAS-UMNO sudah lama terjalin seperti yang HH dan geng dok meroyan hari-hari.

    ReplyDelete
  3. Den dah poning dahhh!!!! TITM kata syukur PKR masih berhasrat PAS menjadi rakan PR2.0. Hadi pulak cakap PAS tak hingin langsung join PR sebab dengan undi2 ahli2 PAS yang walak aje (bilangannya berjuta2), cukup untuk membolehkan PAS menjadi Kerajaan Malaysia. Antara dua orang ni, siapa agaknya yang "konfius" dan sapa yang dah "inebriated"?

    TITM dah konfius sebab sangka dia, jawatan dia tu lagi tinggi dari Hj Hadi. Hj hadi pulak dah mabok dengan kewalakan ahli2 PAS sehingga dia yakin undi ahli2 PAS seramai 1 juta(???) tu boleh menjadikan dia sebagai Perdana Mantera..Menteri? Semakin hari semakin kelam kabut je PAS ni. Sekejap TITM cakap lain, esok Hj Hadi pulak kasi pusing, lusa iskandar samad pulak terjun tiruk dan lepas ni tak tahu le apa pulak nak dibuat oleh pemimpin2 PAS yang "bernas" bacaan politik mereka ni.

    Yang si Razman dah pening nak mengadap saman pasal mulut celupar tak ingat dosa, Ahmad Yaakob dengan "tonto"nya si Nik Amar tengah "biol" pikir macamana nak jawab kes KJ dan Mat Tyson masuk PKR. Pastu bloga2 dan macai PAS pun dah tambah mereng, mana nak jawap pasal keinginan TITM nak join PR2.0, pastu kena pulak cover "u-turn" Tuang Presideng yang dah syok sendiri. Last2 blood pressure pun dah naik tinggi jadi terpaksa le guna ayat2 dan perkataan yang rakyat dah jelak seperti agen dan anjing DAP, babiDAP, Anwarista, amoi himpit buah dada, munafik, tolak hudud, anti ulamak dan macam2 lagi lah benda basi.

    Apa boleh buat, nak spin, Tuang Presideng lagi laju spin. Nak mohong, harakah dah chop dulu. Nak buat cerita fiksyen dan tahyul, ustaz2 sewaktu dengan Mokhtar Senik dah buat booking dulu. Tu yang sekarang ni semua bagi komen setakat caci dan fitnah yang panjang tulisannya ada le macam janggut mufti dalam cerita musang berjanggut tu. Apalah nak jadi dengan PAS ni? Cobaaan!!!! Cobaaaann!!!! Cobaaaannnn!!! kata pendekar2 bujang lapok! Masih tak sedor apa yang sedang berlaku kat depan mata!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  4. Hadi?

    Jangan buang masa bincang kan nya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa